Tuesday, December 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Selepas Viral Di Program ‘Sing! China 2023’ Vanessa Reynauld Kali Ini Muncul Dengan Single Berjudul IGAU

by Aphit J.
September 2, 2023
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Vanessa Reynauld yang kini sedang hangat dibicarakan dalam komuniti siber atas kejayaan ke peringkat seterusnya untuk program ‘Sing! China 2023’ di Shanghai.

Hadir Dengan IGAU

Dalam program ini Vanessa juga telah berjaya memenangi hati keempat-empat para mentor yang terkenal di China.

Setelah viral dengan kisah itu kini Vanessa, 23 tahun yang berasal dari Klang Selangor telah mengeluarkan single terbarunya yang berjudul IGAU.

Lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada penyanyi dan pengubah lagu iaitu Naqiu.

Menurut Vanessa, lagu ciptaan Naqiu itu mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri untuk dirinya.

Manakan tidak, ia diciptakan khas untuk Vanessa dengan mengambil kira aspek kesesuaian vokal yang sangat unik dan luar biasa.

Bergenre Balada Rock

via Sony Music Malaysia

Selain itu, Vanessa dan Naqiu pernah mempunyai lagu duet bersama iaitu Rindu Separuh Nyawa sebagai runut bunyi rasmi untuk drama 2021 dan pencapaian lagu itu telah memperoleh dua kali Anugerah Platinum daripada hasil jualan strim digital di seluruh negara.

Tambahan pula, konsep lagu IGAU, Vanessa akui masih mengetengahkan genre balada rock dan kisah cinta. Namun jalan penceritanya berbeza berbanding lagunya sebelum ini.

IGAU mengisahkan tentang seorang wanita yang mendambakan seseorang kekasih atau pasangan yang mampu memberikan kasih sayang dan kebahagian buat selamanya.

Hal ini merupakan salah satu cabaran kepada Vanessa kerana sukar untuk kaitkan kisah cinta dalam lagu dengan diri sendiri.

Oleh demikian Naqiu telah menciptakan naskah ini yang boleh dikaitan dengan Vanessa supaya proses rakaman untuk menjiwai dan mendalami makna baris dalam lagu ini berjalan dengan lancar.

Dihasilkan Setahun Yang Lalu

via Sony Music Malaysia

Dalam pada itu, Vanessa telah mendedahkan bahawa lagu IGAU sebenarnya sudah dihasilkan sekitar setahun lalu dan lagu ini memerlukan persiapan yang rapi agar lagu ini dapat diterima oleh semua orang.

Setelah mencurahkan usaha, Vanessa tentunya berharap agar produk terbarunya ini mendapat sambutan selayaknya daripada para peminat di semua platform baik digital mahupun tradisional.

Lagu IGAU boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER NaqiuVanessa Reynauld
Share6Tweet4SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  2. 2

    Kongsi Gambar Koleksi Baru Tudung, Netizen Mula Perasan Sesuatu Pada Baju Fazura

  3. 3

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

  4. 4

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  5. 5

    [VIDEO] Pipi Siti Saleha Dicium Seorang Jejaka Undang Perhatian Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes