Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Demi Promosi Album, Kanye West Pamer Punggung Ketika Naiki Bot Di Itali

by Soph Azz
September 4, 2023
Foto - Daily Mail

Foto - Daily Mail

51
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak habis-habis mencetuskan kontroversi, kini Kanye West dan isterinya, Bianca Sensori telah ‘diharamkan’ daripada menaiki bot Venetian di Itali buat selama-lamanya. 

Larangan ini tercetus selepas pasangan suami isteri ini tampil ekstrem dalam berfesyen ketika berada di Itali. Kanye West yang mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya penduduk Itali, telah mempamerkan punggungnya ketika bersiar-siar menggunakan bot Venetian.

Foto – Page Six /Daily Mail

Sepanjang berlayar di sepanjang sungai di Venice bersama Bianca, Kanye memakai pakaian serba hitam iaitu blazer dan seluar panjang. Jika dilihat dari bahagian depan, pakaiannya itu tidak ada sebarang masalah. Tetapi selepas melihat bahagian belakangnya, blazer yang mempunyai belahan tinggi itu telah menunjukkan punggung Kanye.

Gambar yang diambil oleh paparazi menunjukkan Kanye duduk di bahagian belakang bot Venetian. Manakala isterinya pula duduk di antara kakinya dengan meletakkan kepala di atas paha Kanye.

Foto – News.com.au

DIsebabkan oleh perbuatan Kanye ini, syarikat penyewaan bot Venetian iaitu Venezia Turismo Motoscafi mendedahkan yang mereka tidak lagi mengalu-alukan kedatangan pasangan itu.

Foto – Daily Mail

Pemandu bot Venetian yang membawa Kanye dan Bianca dikatakan terpaksa mengawasi lalu lintas supaya orang ramai tidak melihat perlakuan tidak senonoh itu. Sejurus turun daripada bot, pemandu tersebut melaporkan perbuatan itu pada pihak berkuasa.

Perlakuan tidak senonoh tersebut boleh didenda sehingga $520 (RM2421.80) menurut Mahkamah Perlembagaan Itali.

Foto – Page Six

Orang ramai pula berpendapat perlakuan Kanye West ini adalah bertujuan untuk mempromosikan album terbarunya yang akan keluar tak lama lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
bianca sensoriKanye West
https://lomp.at/do252
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem