Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Peminat Sekarang Kurang Ajar Dan Bodoh”- Datuk Zainal Abidin Berang Dipanggil Pakcik Tua, Kubur Memanggil

by Puteri Alia
September 4, 2023
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadikan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok sebagai “medan curahan perasaan” semakin menjadi trend, sama ada berkongsi yang positif dan menggembirakan atau sebaliknya.

Lebih membimbangkan ada yang tanpa segan silu mendedahkan perkara peribadi kerana mungkin tidak dapat memendam rasa atau setakat mahu mengisi kandungan sensasi untuk akaun media sosial mereka.

Ibarat episod drama bersiri, berikutnya menjadi tular serta bualan masyarakat, namun adakah apa yang dilakukan itu memberi kelebihan atau memalitkan lumpur ke muka sendiri atau keluarga terdekat?

Berbahas soal ini, baru-baru ini penghibur terkenal, Datuk Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat taksub artis yang disifatkannya kurang ajar dan bodoh.

Kenyataan itu dikeluarkan Zainal berikutan berang dengan sifat ditunjukkan peminat ketika menulis komen dalam media sosial.

“Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Mereka selalunya memuat naik dahulu, kemudiannya baru fikir.

“Cubalah fikir dahulu, baru muat naik komen. Kalau nasihat dan tegur baik-baik, saya terima, tetapi saya pula dihentam.

“Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil,” katanya.

Sehubungan itu, Zainal menasihatkan golongan peminat untuk menjaga adab terutamanya dalam meninggalkan komen dalam media sosial.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci.

“Kita orang Melayu, beragama Islam yang ada adab dan adat.

“Walaupun anda ustaz sekalipun, kalau tiada adab baik, saya tetap tak dapat terima,” ujar penyanyi lagu Hijau ini

Terdahulu, Zainal menerima kecaman apabila teguran dibuat terhadap seorang penyanyi popular tular .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
datuk zainal abidin
https://lomp.at/7hxbe
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem