Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] ‘Kenapa Comel Sangat Ni’- Aksi Tengku Muhammad ‘Main Sembunyi’ Curi Perhatian Rakyat Sabah

by Phic ARMAN
September 5, 2023
1.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah dan Sarawak telah menjadi trending di laman media sosial. Dinamakan sebagai Kembara Kenali Borneo, Baginda telah memulakan Kembara Kenali Borneo dari Tawau, Sabah ke Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer di Titik 0.0 KM Tawau.

Salah satu lokasi baginda kunjungi adalah Lahad Datu dan turut ditemani Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan putera kepada Sultan Pahang.

Beliau merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Sebuah video yang tular di laman TikTok menunjukkan aksi lucu dan bersahaja Tengku Muhammad bersama warga Lahad Datu telah mencuri perhatian. Tengku Muhammad sempat bergurau dengan bersembunyi  dan bermain ‘ba-cak’ atau ada yang menyebut sebagai ‘Peek A Bo’ dari balkoni sebuah bangunan.

@zulsurianiey

#ydpa #jelajaborneo #sabah #lahaddatusabah #? #❤️

♬ bunyi asal – Aleesya – Aleesya

‘Kenapa Comel Sangat’- Netizen

Video yang dimuatnaik menerusi akaun @zulsurianiey di TikTok ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji sikap Tengku Muhammad yang peramah dan gemar bergurau dengan rakyat.

Menurut laporan BH Online, di Lahad Datu, Baginda singgah di Menara Kayangan sebelum melawat ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan menghadiri santapan tengah hari serta penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf di Dewan Perdana Lahad Datu.

[VIDEO] Gelagat Kesemua Putera Diraja Pahang Sambut Raya, Curi Perhatian Ramai!
Tengku Muhammad Iskandar
https://lomp.at/iwgij
Share642Tweet402SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem