Euw… Tak geli ke?
Gara-gara mahu tampil awet muda di usia 54 tahun; aktres Hollywood iaitu Jennifer Aniston mendedahkan yang dirinya menggunakan sperma salmon.
Dipetik daripada Wolipop, Jennifer telah melakukan prosedur rawatan di sebuah klinik estetik untuk mengekalkan raut wajah yang awet muda. Disebabkan oleh itu, doktornya telah menyarankan aktres tersebut untuk mencuba sperma salmon dalam rutin penjagaan kulitnya.
Walaupun berasa ragu-ragu pada awalnya, Jennifer tetap mencuba kaedah tersebut. Kongsinya sebagai hasil, dia tidak merasakan sebarang perbezaan yang ketara berlaku pada wajahnya.
Tetapi menurut hasil kajian yang dilakukan oleh National Library of Medicine, sperma salmon ini terbukti berkesan untuk membuatkan wajah menjadi lebih awet muda.
Untuk pengetahuan kamu, penggunaan sperma salmon dalam industri kecantikan semakin luas dipergunakan. Ini kerana salmon mempunyai DNA yang sama seperti manusia, di mana bila digunakan ia mudah nak ‘masuk’ dan blend dalam fungsi selular.
Kalau kamu nak tahu, selain daripada Jennifer Aniston, ada beberapa lagi selebriti yang pernah gunakan kaedah yang sama iaitu Krisdayanti, Kim Go Eun dan Doja Cat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.