Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

5 Selebriti Hollywood Yang Ditemui Mati Lemas, Tragis Sangat Kisahnya!

by Soph Azz
September 7, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

140
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada banyak jenis kematian yang boleh membawa kesedihan dan kedukaan bagi setiap orang. Tetapi bagi Miss Murai, berita kematian yang terdiri daripada mati lemas, sangat tragis dan mendukakan untuk kita ketahui.

Tak kiralah sama ada orang biasa atau selebriti, berita mati lemas ini sangat ‘menakutkan’ dan memberi trauma pada orang ramai terutamanya ahli keluarga serta peminat.

Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan beberapa selebriti Hollywood yang ditemui mati lemas; sangat tragis sehingga ramai orang tak boleh menerimanya.

Jeff Buckley 

Foto – Pinterest

Meninggal pada 29 Mei 1997, Jeff Buckley iaitu penyanyi dan penulis lagu yang berbakat telah ditemui mati lemas. Kejadian itu berlaku selepas dia berenang di Sungai Mississippi, Memphis, Tennessee berhampiran dengan Ardent Recording Studios ketika sedang menghasilkan album keduanya. Malangnya semasa berenang, dia lemas dan dihanyutkan oleh arus yang deras. Mayatnya ditemui beberapa hari kemudian.

Naya Rivera 

Mengejutkan orang ramai, kematian Naya Rivera pada 8 Julai 2020 berlaku di Tasik Piru, California. Ketika itu dia sedang bercuti dengan anaknya, Josey, 4 tahun.

Foto – Pinterest

Naya yang menyewa sebuat bot kecil untuk berlayar bersama anaknya, tidak kembali pada masa yang ditetapkan. Ketika ditemui, anaknya sedang tidur dalam bot sendirian, manakala Naya tidak kelihatan. Mayatnya dijumpai selepas beberapa hari dan punca kematian dikenal pasti sebagai lemas.

Natalie Wood 

Foto – Pinterest

Pemenang Oscar, Natalie Wood ditemui mati lemas ketika bercuti di atas kapal layar bersama suaminya, Christopher Walken. Kematiannya menjadi misteri, sama ada betul mati lemas atau dirancang kerana Christopher ada mengaku yang mereka telah bertengkar sebelum itu.

Whitney Houston 

Foto – Pinterest

Pada 11 Februari 2012, Whitney Houston ditemui mati dalam tab mandi di bilik hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California. Punca utama kematiannya adalah lemas, tetapi faktor lain turut memain peranan iaitu pengambilan alkohol dan dadah.

[VIDEO] Momen Istimewa Putera Mahkota Brunei Bersama Whitney Houston Kembali Jadi Tumpuan

Dolores O’Riordan 

Foto – Pinterest

Penyanyi utama kumpulan The Cranberries iaitu Dolores O’Riordan telah ditemui mati lemas pada 15 Januari 2018. Ketika itu, dia menginap di sebuah hotel di London. Berita mengenai kematiannya disahkan apabila pihak berkuasa menemui Dolores mati dan lemas dalam tab mandi dalam bilik hotelnya.

Rest in peace…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Naya Riveraselebriti hollywoodselebriti mati lemaswhitney houston
https://lomp.at/jkytq
Share56Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem