Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Syamsul Cakap Buatlah Apa Yang Saya Nak Buat. Dia Okey Sahaja”- Syamsul Yusof Tak Marah Puteri Sarah Mahu Saman Kakak Ipar Ira

by Puteri Alia
September 7, 2023
270
KONGSIAN
Share on Facebook

“Syamsul kata kepada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat.”

Itu perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang mendapat lampu hijau daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof berhubung saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu menjelaskan, saman tersebut wajar diambil sebagai pengajaran kerana masih menjaja aib rumah tangganya.

Selain berbincang, pelakon Hijrah Jannah itu turut mengemukakan bukti-bukti fitnah wanita terbabit.

“Dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.

“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.

“Syamsul cakap buatlah apa yang saya nak buat. Dia okey sahaja,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, Wiwi mula bercakap buruk tentangnya biarpun tempoh edah perceraiannya dengan Syamsul sudah tamat.

“Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.

“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul,” katanya..

Selain Syamsul, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan tentang perkara itu  dan mereka juga memberi keizinan kepadanya untuk melakukan apa sahaja tindakan.

“Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir. Saya juga sudah penat,” jelasnya.

Ditanya adakah dia berkemungkinan akan menarik semula saman itu seperti yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini, kata Sarah kali ini dia nekad dengan pendiriannya.

“Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.

“Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini,” ujarnya.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai pada 14 Jun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Bahagia Tapi Takut Nak Cakap, Ira Kazar Pilih Berahsia Selepas Cerai Syamsul Yusof
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
1
+1
1
puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/fd03c
Share108Tweet68SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem