Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘The Chosen One’ Gabungkan Vokal Terbaik Antara Barisan Penyanyi Popular Dan Generasi Baharu Malaysia

by Aphit J.
September 9, 2023
Share on Facebook

Saluran No.1 kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria mempersembahkan rancangan pertandingan nyanyian baharu yang bakal mewarnai setiap Rabu para penonton dengan vokal-vokal hebat serta wajah-wajah popular industri hiburan Malaysia menerusi ‘The Chosen One’.

Mengandingkan Bakat Baharu Dengan Penyanyi Popular

via Kosmo

Tidak asing dengan format pertandingan nyanyian realiti kanak-kanak, ‘The Chosen One’ mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.

Seramai 30 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup dan 16 daripada mereka dipilih oleh lapan orang selebriti, atau jurulatih rancangan ini untuk berentap di Episod Prelude.

16 peserta teratas yang dipilih dalam sesi ini akan bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut.

Hanya lapan daripada mereka yang terpilih sahaja akan bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.

Tema Yang Berbeza Setiap minggu

via Berita Harian

‘The Chosen One’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran kepada para peserta.

Mereka yang gagal menarik perhatian para juri serta mencapai kriteria pemarkahan yang ditetapkan akan disingkirkan.

Setiap persembahan daripada barisan peserta bersama pasangan selebriti mereka diadili sepenuhnya oleh pihak juri berdasarkan teknik vokal (50%), kreativti dan feel (30%) serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara The Chosen One’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM30,000.

Naib juara akan membawa pulang RM20,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang
hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

Diadili Juri Professional

via Harian Metro

‘The Chosen One’ diterajui penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar bersama penyanyi dan pelawak, Namie sebagai hos, manakala gabungan unik Dato’ Awie dan Jihan Muse sebagai juri tetap menyerikan lagi rancangan ini pada setiap minggu.

[VIDEO] Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja-"Nak Jadi Menantu"

Kedua-dua juri hanya mempunyai satu imuniti sahaja untuk menyelamatkan peserta dari tersingkir. Rancangan ini turut membariskan penyanyi-penyanyi terhebat tanah air termasuk Shiha Zikir, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Putera Muhammad, Wani Kayrie, Hazama serta Kmy Kmo dan Luca Sicta sebagai jurulatih dan juga pasangan setiap peserta.

‘The Chosen One’ turut menampilkan nama-nama hebat sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

Ditayangkan Pada Setiap Rabu

’The Chosen One’ akan ditayangkan bermula pada 6 September 2023, pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ceria (611).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Afieq ShazwanAisha RetnoAlif SatarDato' Awiehazamajihan musekmy kmoLuca SictanamiePutera MuhammadSarah Suhairishiha zikirwani kayrie
https://lomp.at/2gd0i
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara