Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Selebriti China, Luo Zheng, Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan Pertamanya ke Kuala Lumpur

by Aphit J.
September 10, 2023
38
KONGSIAN
Share on Facebook

iQIYI baru-baru ini menganjurkan iQIYI VIP Asia Tour yang sangat dinantikan dan menampilkan pelakon popular, “Mr. Bossy CEO” Luo Zheng.

500 Lebih Peminat Hadir

via iQIYI

Luo Zheng bertemu dan beramah-mesra dengan para peminatnya di Sunway Velocity Mall.

Acara tersebut merupakan penampilan pertama Luo Zheng di Malaysia, yang menarik lebih daripada 500 peminat di sidang akhbar dan 260 lagi dalam pertemuan tertutup dengan peminat.

Luo Zheng, yang popular dengan drama romantiknya termasuk “You From the Future“, “Skip a Beat“, “Perfect Mismatch“, “Oh My Lord“, “Nothing But You“, “Make My Heart Smile“, dan banyak lagi.

Kesemua drama ini telah mendominasi carta di pasaran Asia seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan di Amerika Syarikat.

Duta iQIYI VIP Antarabangsa

via iQIYI

Pada tahun 2022, beliau telah dinobatkan sebagai duta iQIYI VIP Antarabangsa kerana tarikannya di peringkat global dan peminat tegar di kalangan penonton berbahasa Cina dan tidak berbahasa Cina.

Di Pullman KLCC, Luo Zheng berkongsi mengenai pengalamannya di Malaysia dan sangat teruja apabila bercerita tentang bagaimana dia telah mencuba makanan tempatan seperti Nasi Lemak, Mee Kari, Satay, dan pelbagai jenis kuih-muih.

Selain itu, krew juga membawanya ke kedai ‘mamak’ untuk menikmati makanan mamak tempatan!

Dia bahkan menggayakan pakaian tradisional pengantin Melayu, dan percayalah, dia kelihatan sangat segak bergaya dan memukau semua orang, terutamanya peminat wanita!

Bakal Berkolaborasi Bersama Fasha Sandha?

via iQIYI

Luo Zheng sempat meluangkan masa dengan Fasha Sandha, dan peminat-peminat sangat teruja apabila dia memberitahu mengenai kolaborasi hebat yang akan datang! Jadi, nantikanlah!

Di sesi pertemuan tertutup dengan peminat, acara dimulai dengan beberapa permainan mini yang mendebarkan. Peminat yang mampu menatap mata “Mr. Bossy CEO” Luo Zheng tanpa tersenyum, berpeluang memenangi kad VIP khas iQIYI dan berswafoto bersamanya.

Luo Zheng juga turut mendedahkan bahawa dialah penyanyi untuk semua OST drama yang dilakonkannya dan mengakhiri pertemuan peminat dengan nada yang menyentuh hati dengan menyanyi bersama lagu tema daripada drama terbarunya, “You from the Future”.

Satu Kejayaan Besar

via iQIYI

Kemunculan pertama Luo Zheng di Kuala Lumpur adalah satu kejayaan dan telah mendapat sambutan hangat.

Lawatan beliau menonjolkan impak global iQIYI dan minat yang mendalam terhadap C-drama di kalangan penonton berbahasa Cina dan bukan Cina.

Sambutan hangat daripada ratusan peminat yang bersemangat, hubungan mesra yang terjalin, dan detik-detik acara yang tidak dapat dilupakan telah mengukuhkan komitmen iQIYI sebagai ‘juara’ kandungan Asia yang digemari.

Luo Zheng
https://lomp.at/3dsnn
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem