Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Michelle Yeoh Tercalon Dan Bakal Dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

by Aphit J.
September 10, 2023
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, antara yang dicadangkan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas tersenarai dalam kalangan lapan ahli baharu sebelum ini.

Membawa Nilai Tambah Kepada Kesatuan

via Instagram Michelle Yeoh

Menurut BH Online, cadangan keahlian Yeoh yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All at Once itu akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India.

Presiden IOC, Thomas Bach berkata, kesemua calon akan membawa nilai tambah terhadap IOC kerana pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dalam bidang masing-masing.

Kata Thomas Bach, persamaan yang terdapat calon ini adalah apabila mereka mempunyai kecintaan kepada sukan dan kepercayaan kuat terhadap nilai Olimpik dan maksud IOC.

Malah Thomas turut menambah bahawa visi IOC adalah untuk membina dunia yang lebih baik melalui sukan.

Terdapat 7 Lagi Pesaing Hebat

via Instagram Tan Sri Michelle Yeoh

Selain Yeoh, tujuh lagi nama yang dicadangkan adalah pemenang pingat Olimpik pertama Israel, Yael Arad, ahli perniagaan dan Pentadbir Sukan Hungary, Balasz Furjes, pemenang pingat Olimpik dan ahli politik dari Peru, Cecilia Roxana Tait Villacorta dan usahawan sukan Jerman, Michael Mronz.

Turut dicadangkan, Ketua Persekutuan Pingpong Antarabangsa dari Sweden, Petra Soerling, Presiden Kesatuan Meluncur Antarabangsa dari Korea Selatan, Kim Jae-youl termasuk Presiden Jawatankuasa Olimpik Tunisia, Mehrez Boussayene.

Menurut BH Online, IOC kini mempunyai 99 ahli jemputan, termasuk keluarga diraja, bekas atlet serta pemimpin politik dan industri.

Peranan utama ialah mengesahkan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, daripada senarai negara yang dipilih terlebih dahulu oleh pentadbiran dan lembaga eksekutif IOC.

Tan Sri Michelle Yeoh
https://lomp.at/xbnr4
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem