Keterujaan filem Jawan lakonan Shah Rukh Khan mengakibatkan beberapa kisah lain terbongkar.
Ini termasuklah peminat Shah Rukh Khan yang juga berasal dari Indonesia yang dikatakan berjuang apa sahaja untuk bertemu idolanya.
Viral Di India
Peminat Shah Rukh Khan dari Indonesia ini menjadi viral di media India. Dia adalah Mutiara Ulfa Herlita.
Menurut Instagram Official Human Of Bombay, Mutiara sendiri mengakui dia menyukai Shah Rukh Khan sejak berusia 9 tahun.
Katanya, dia mula meminati Shah Rukh Khan Apabila pelakon tersebut bercakap mengenai nilai persahabatan.
Apabila Shah Rukh Khan bercakap tentang persahabatan di skrin, saya berusia 9 tahun jatuh cinta dengannya.
Keluarga Tidak Memahami Minat
Tambahnya lagi, setiap hari dia akan menuggu selama 3 jam untuk menonton filew Bollywood. Malah setelah mempunyai duit sendiri, dia akan menggunakan duit tersebut untuk membeli poster yang terpapar wajah Shah Rukh Khan.
Di Indonesia, setiap pagi, ada tayangan filem Bollywood di TV. Saya akan duduk di hadapan skrin selama 3 jam itu!
Tidak lama kemudian, ia menjadi rutin! Keluarga saya tidak pernah memahami tarikan saya ke SRK.
Mereka selalu berkata, ‘Fokus pada pelajaran anda, ia tidak akan membawa anda ke mana-mana.’ Tetapi saya sentiasa menjadi seorang yang derhaka.
Saya masih ingat ketika saya mula mempunyai duit sendiri, saya memenuhi dinding bilik tidur saya dengan posternya.
Berpeluang Menyambung Pelajaran Di India
Hingga akhirnya niat untuk bertemu Shah Rukh Khan perlahan-lahan mula terbuka. Pada tahun 2013, dia menerima biasiswa Kathak di Ahmedabad, India.
Pada tahun 2016, impiannya menjadi kenyataan. Ini kerana Mutiara Ulfa Herlita berazam untuk berdiri di hadapan rumah Shah Rukh Khan setiap hari sambil membawa sepanduk yang tertera dia berhasrat untuk berjumpa.
Dan doa saya dimakbulkan – pada 2013, saya mendapat biasiswa Kathak dan berpindah ke Ahmedabad. Segala-galanya baharu kepada saya — bandar, penduduk dan budaya.
Tetapi 3 tahun berlalu dan saya masih belum mendapat peluang itu.
Akhirnya, pada tahun 2016, selepas kursus saya selesai, saya membuat keputusan yang besar. Saya mengemas beg saya, dan berpindah ke Mumbai. Setiap hari, saya berdiri di hadapan Mannat dengan sepanduk.
Akhirnya Berjaya Berjumpa
Rezekinya, akhirnya dia dipanggil ke Mehboob Studio yang pada ketika itu Shah Rukh Khan sedang membuat penggambaran di sana.
Pengurus Shah Rukh Khan Mutiara kepadanya dan kemudian Shah Rukh Khan datang dan memeluknya.
Dia yang dalam keadaan masih terkejut terus meraung dalam keadaan terkejut seoalah-olah tidak percaya bahawa di hadapnnya adalah idolanya itu, Shah Rukh Khan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.