Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Abby Abadi Mengakui Dirinya Dalam Keadaan Tenang, Norman Hakim Pula Telah Selesaikan Isu Anak Secara Tertutup

by Puteri Alia
September 11, 2023
406
KONGSIAN
Share on Facebook

Antara anugerah Allah yang menjadi antara nikmat paling besar ialah mulut untuk berkata-kata. Allah SWT mengurniakan kepada manusia kemampuan untuk bertutur menggunakan mulut sebagai anggota sempurna.

Namun, perlu diingat di samping kelebihan mulut untuk berkata-kata yang baik mulut juga boleh membawa binasa. Ulama tasawuf juga menegaskan bahawa bencana mulut boleh membawa kepada kebinasaan iaitu merosakkan hati. Bahkan, ia dianggap racun kepada hati.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa ramai dalam kalangan ahli neraka ialah kerana dosa disebabkan mulut mereka.

“Jangan risaukan saya. Tak ‘update’ sebab tak ada idea”.

Demikian permintaan pelakon Abby Abadi yang juga ibu kepada pensohor media sosial sensasi, Marissa Dania Hakim berhubung tiada sebarang hantaran dimuat naik dalam Instagramnya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu bagaimanapun memaklumkan, dirinya dalam keadaan baik, selain memberitahu dia sekarang sedang sibuk perniagaan.

“Alhamdullillah. Semuanya okey sahaja. Saya di Melaka sekarang, uruskan JaiTech Solutions.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story, semalam.

Tampak tenang, hantaran lain yang dimuat naik turut menunjukkan fokus kamera menghala kepada beberapa individu dipercayai pekerja syarikatnya.

Terdahulu, sejak Jumaat lalu nama Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim memanas berikutan kontroversi membabitkan anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.

Marissa yang berusia 18 tahun didakwa seorang ibu kepada dua anak kecil sebagai orang pemusnah rumah tangganya mengakibatkan laman sosial Abby dan Norman diserang netizen.

Wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin daripada kedua-dua selebriti terbabit untuk menularkan kisah kecurangan berkenaan media sosial dan mengajukan laporan polis.

Begitupun, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, dalam perkongsian akhir di Instagram Story pada Jumaat lalu memaklumkan sedang memberi ruang kepada netizen memberi pandangan sebelum menjawab tohmahan ramai.

Abby Abadi Akui Tersilap Dedah Isu Nafkah Anak, Mohon Maaf Kerana Terikut Hasutan Syaitan
abby abadiMarissa Dania Hakim
https://lomp.at/ooxxl
Share162Tweet102SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem