Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mark Adam Pilu Rumah Mentua Masih Belum Siap-“Saya Gagal Kali Ni..”

by Naddy Joe
September 12, 2023
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam meluahkan rasa sayu apabila kediaman untuk mentuanya masih dalam pembinaan dan tidak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan.

“Hati Saya Akan Pecah…”

Berkongsi luahan di Instagram, Mark menyatakan bahawa hatinya merasa ‘pecah’ setiap kali mentuanya meminta untuk kembali ke rumah asal mereka disebabkan kediaman mentuanya itu masih berada dalam pembinaan.

“Setiap kali mak dan abah minta pulang ke rumah asal mereka, hati saya akan pecah. Saya tahu mereka sangat sedih, walaupun tak tunjuk.

Saya gagal kali ni tapi saya redah dan tak akan putus asa, rezeki kan milik Allah. Dapat mertua yang penyabar saya cukup beruntung.

Bukan senang nak jadi ketua keluarga lagi-lagi bila ada 3,4 keluarga yang saya kena jaga. Takpe saya terima, selain menghibur, inilah agaknya tujuan saya dalam dunia.”-luah Mark Adam di Instagram

Tidak Akan Putus Asa

Tambahnya lagi, penyanyi lagu Marry Me yang turut membawa kedua ibu bapa mentuanya melihat keadaan rumah yang masih dalam pembinaan itu menjelaskan bahawa dia tidak akan berputus asa dan berjanji akan menyiapkan kediaman kedua mentuanya itu.

“Ini keluarga saya. Saya akan jaga, sentiasa kuatkan diri dalam apa saja keadaan. Saya janji akan siapkan rumah mak dan abah di masa yang akan datang.

Saya akan berusaha cari rezeki yang halal, tak akan putus asa untuk siapkan rumah mak dan abah.”-luah Mark lagi

View this post on Instagram

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Sekadar info, Mark Adam mendedahkan bahawa kontraktor yang bertanggungjawab membina kediaman kedua mentuanya itu telah melarikan diri selepas mendapat bayaran penuh, pada Februari lalu.

Disebabkan kejadian berkenaan, Mark Adam kini terpaksa menyambung proses pembinaan dengan bantuan abang iparnya serta rakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
Pelawak Popular Meriahkan “Dapur Pecah Perut” Di RTM
mark adam
https://lomp.at/0h2ei
Share55Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem