Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dikecam ‘Terbelanja’ Lurah Buah Dada, Ruhainies Tak Salahkan Sesiapa Melainkan Dirinya Yang Tidak Peka Dengan Busananya

by Puteri Alia
September 12, 2023
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Dikecam berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya, pelakon Ruhainies enggan menyalahkan sesiapa selain diri sendiri yang tidak peka tentang busana digayakan dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu, perkara tersebut tercetus apabila dia tersilap memilih baju bahagian dalam yang tidak dapat menutup sepenuhnya dada.

“Saya tidak salahkan stylist mahupun baju tersebut, pada asalnya persalinan itu biasa , cantik dan sopan malah menutupi seluruh bahagian tubuh saya kecuali dada.

“Saya ada beli ‘inner’ (baju bahagian dalam) cuma malangnya tak perasaan inner tersebut tidak tutup sepenuhnya bahagian dada.

“Silap saya sebab tidak cuba lebih awal kerana masa sangat suntuk dan tiada pilihan, jadi saya buat keputusan untuk pakai namun tutup dengan blazer dan tangan pada bahagian dada ,” katanya.

Sementara itu, aktres berusia 31 tahun itu berkata, dia sendiri tidak selesa dengan penampilan tersebut dan bertindak membeli pakaian alas dalam lain bagi menutupi bahagian terdedah.

“Sampai sahaja di majlis itu saya sendiri rasa tidak selesa dan terus beli inner lain dan tukar, kiranya sekejap sahaja bahagian dada saya terdedah.

“Saya belum bertudung, isu seksi bukan benda baharu, mungkin sebelum ini peminat melihat saya selalu tampil sopan sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.

Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat aktres berusia 31 tahun itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.

“Nampak tak selesa dia pakai baju itu. Sudah pakai baju sebegitu tetapi hendak sorok-sorok pula, sengaja ke? Mahukan perhatian?,” demikian komen netizen itu.

Dikecam Dan Dikeji Berkali-Kali, Ruhainies Anggap Haters Cuma Bosan Hidup
ruhainies
https://lomp.at/rxwut
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem