Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Sleeping Lion Suites Rasmi Dibuka, Hotel Terbaharu Di Tengah-tengah Bukit Bintang

by Phic ARMAN
September 13, 2023
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Sleeping Lion Suites, dengan rasminya telah mula beroperasi. Terletak di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, pelancaran utama hotel tersebut bakal menandakan standard baharu buat hotel-hotel mewah berhampiran.

Terletak di pusat hiburan bertaraf premium Malaysia, Sleeping Lion Suites dikelilingi oleh pelbagai pusat beli-belah bertaraf dunia, tempat makan terkemuka dan pusat hiburan yang popular.

Pelbagai destinasi ikonik berdekatan seperti Pavilion Kuala Lumpur, The Starhill dan Pusat Beli-belah Lot 10 yang  hanya beberapa langkah dari lokasi.  Perkhidmatan yang sempurna dan pengalaman yang tiada tandingan bakal menanti setiap pengunjung di Sleeping Lion Suites.

Hotel tersebut menawarkan 866 bilik yang direka dengan teliti, menampilkan 10 jenis penginapan yang berbeza, setiap satunya menawarkan gaya kontemporari dan pengalaman yang unik.

Setiap suite telah direka dengan teliti untuk gaya, keselesaan dan hiasan yang serba anggun, menjadikannya pilihan ideal untuk percutian jangka pendek bersama yang tersayang, dan juga buat para pengembara solo.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini termasuk kolam renang infiniti atas bumbung, gimnasium, sauna, dan bilik mandian wap. Sky Bridge pula menawarkan pemandangan kota raya Kuala Lumpur yang mempesonakan, manakala Garden of Dreams menjemput para tetamu untuk bersiar-siar menelusuri jejak flora dongeng yang mempesonakan.

Anda boleh menjangkakan pengalaman penginapan luar biasa yang menggabungkan keselesaan, kesenangan dan keanggunan di Sleeping Lion Suites.

Bagi meraikan pembukaan utama Sleeping Lion Suites, hotel ini melancarkan promosi Sambutan Pembukaan. Para tetamu boleh menikmati diskaun sebanyak 18% bagi kadar terbaik yang tersedia apabila membuat tempahan menerusi laman sesawang hotel menggunakan Kod Promo GOP18. Tempoh masa tempahan bermula dari 8 September sehingga 30 September 2023, manakala penginapan akan mula tersedia mulai 8 September sehingga 31 Oktober 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini, sila layari www.sleepinglionsuites.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/uenoc
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem