Wednesday, December 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Viral

Azhar Sulaiman Ulas Isu Motosikal Rider FoodPanda Kena Sita, Netizen Tak Salahkan JPJ

by Phic ARMAN
September 14, 2023
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini agak kecoh mengenai sebuah video tular memaparkan seorang rider FoodPanda berjalan kaki sambil menggalas beg kerana motosikalnya disita.

Ramai yang bersedih melihat lelaki berkenaan dilihat berjalan dan masih memakai topi keledar dalam cuaca panas selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki kerana motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan netizen sahaja, isu ini juga mendapat perhatian selebriti, Azhar Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Behar. Azhar mempersoalkan adakah Pegawai JPJ sepatutnya menggunakan Kuasa Budi Bicara mereka didalam situasi sebegini?

Dalam masa yang sama Azhar berkongsi mesej yang mendalam tentang bahayanya memandu tanpa insuran.

“Sebuah kereta telah accident dan terbabas jatuh kedalam gaung dan pemandunya mati. Soalannya….apa yang masih hidup selepas kereta itu habis terbakar hangus?

Didalam insiden Pihak JPJ telah menyita motorsikal milik Anak Panda ni. Adakah Pegawai JPJ sepatutnya menggunakan Kuasa Budi Bicara mereka didalam situasi sebegini? Jawapan, Ya atau Tidak?

Behar kadang kadang kena saman & kadang kadang dilepaskan dgn nasihat dan amaran. Anggaplah That Day Was A Bad Day For The Panda Boy and semoga Rider lain akan checklah roadtax or lesen masih atau dah mati.”- pesan pelakon di Instagram peribadinya.

“Pihak JPJ sita ada sebab, takut membahayakan orang lain”- Netizen

Pesanan Azhar ini telah mendapat persetujuaan dari segelintir peminatnya di ruangan komen. Ada yang tidak menyalahkan pegawai JPJ yang hanya menjalankan tugas.

“Kita kene ada rasa tanggungjawab atas diri sendiri. Kalau kita memandu, melibatkan semua pengguna atas jalan raya. Betul kesian kat mamat ni, tapi kenalah bertanggungjwab.”- balas netizen

“7 bulan roadtax mati, so bukan alasan terlupa/terlepas pandang. Kalau any accident happen, dia akan susahkan pihak lain. So its a BIG NO for me. Budi bicara ada tempatnya. Pihak JPJ sita ada sebab, takut membahayakan orang lain”- tulis netizen yang lain.

Sebagai info, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER azhar sulaimanFoodpanda rider
Share26Tweet16SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

  2. 2

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  3. 3

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

  4. 4

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

  5. 5

    [VIDEO] Baju Mandi Che Ta Buatkan Netizen Terhibur!-“Baju Tu Pakej Sekali Pelampung Ke?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes