Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Menurut Tinjauan AGODA, 5 Hal Ini Paling Dibenci Oleh Penumpang Ketika Menaiki Pesawat

by Aphit J.
September 16, 2023
Share on Facebook

Dalam keghairahan para pelancong seantero dunia untuk meneroka pengembaraan baharu, platform pelancongan digital Agoda mendedahkan penemuan sisi yang kurang dibincangkan dalam perjalanan udara.

Dari penumpang yang terlalu banyak berbual sehinggalah pengguna tandas yang terlalu kerap, Tinjauan Travel Bugbears 2023 Agoda meninjau bentuk-bentuk kejengkelan yang timbul dalam penerbangan, menyerlahkan bahawa penerbangan yang paling lancar juga ada cabarannya yang tersendiri.

Pencerobohan ruang peribadi

Merangkumi kedudukan ketiga dalam senarai kejengkelan dalam penerbangan di seluruh rantau ialah kehadiran penumpang yang berbuat bising, seperti penumpang sebelah yang terlalu banyak berbual, pasangan yang mendedahkan hal ehwal peribadi di tempat awam, atau kumpulan penumpang yang
menyiarkan muzik atau permainan mereka dengan kuat sepanjang penerbangan.

Warga Australia dan Malaysia paling kurang terkesan dengan bunyi bising manakala warga Taiwan dan Korea Selatan lebih mengutamakan pengalaman penerbangan yang menenangkan. Warga Jepun juga menghargai suasana tenang dan sunyi, namun mereka juga satu-satunya pasaran yang menzahirkan sifat tiada tolak ansur buat para penumpang yang bersikap biadab dengan kru kabin syarikat penerbangan sebagai kejengkelan utama mereka.

“Bagi kebanyakan dalam kalangan kita, keseronokan percutian bermula pada saat kita menaiki pesawat,” ujar Liyana Jamil, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga Global Agoda.

“Meskipun penerbangan lazimnya merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan, ada kalanya ia disertai dengan kejengkelan kecil. Terdapat lebih daripada 130,000 laluan penerbangan yang boleh ditempah menerusi platform Agoda, dan saya berharap bahawa penemuan daripada tinjauan santai ini dapat meningkatkah kesedaran, meningkatkan timbang rasa dan menjadikan pengalaman penerbangan mana-mana laluan ini lebih menyeronokkan.”

Hasil tinjauan dalam kalangan responden dari Malaysia mendapati bahawa kelewatan penerbangan merupakan kejengkelan utama mereka, dengan hampir seperempat responden menilainya sebagai kejengkelan dalam penerbangan yang paling utama.

Rahsia Pelancong Bijak: Sarapan Percuma Jadi Pilihan Utama di Asia!

Ini diikuti dengan tingkah laku kurang sopan dalam kalangan penumpang lain, manakala gangguan bunyi bising dari penumpang lain dan sikap biadab terhadap kru penerbangan berada di tempat ketiga.

Agoda telah membina reputasi antarabangsa sebagai platform tempahan hotel dan rumah penginapan dalam talian, namun populariti tempahan penerbangan dalam platform tersebut semakin meningkat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2019.

Error happened.
Agoda
https://lomp.at/fxw09
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara