Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Agoda Dedah Aktiviti Paling Popular 2026, Aquaria KLCC Raih Tempat Pertama

by Phic ARMAN
July 10, 2026
Share on Facebook

Kalau anda masih tercari-cari idea untuk aktiviti hujung minggu atau percutian, mungkin senarai ini boleh dijadikan inspirasi. Platform pelancongan digital Agoda mendedahkan senarai aktiviti paling banyak ditempah bagi separuh pertama tahun 2026, dengan Aquaria KLCC muncul sebagai pilihan nombor satu di Malaysia.

Malah, tarikan ikonik di tengah ibu kota itu turut tersenarai dalam koleksi aktiviti paling popular Agoda merentasi beberapa pasaran utama di rantau Asia.

Aquaria KLCC Kekal Tarikan Pilihan

Berdasarkan data tempahan Agoda, Aquaria KLCC mendahului senarai aktiviti paling banyak ditempah di Malaysia. Ia diikuti oleh Genting SkyWorlds di Genting Highlands dan Zoo Negara di Kuala Lumpur.

Menurut Agoda, kedudukan ini menunjukkan tarikan yang mudah diakses terus menjadi pilihan pelancong, sama ada untuk percutian hujung minggu, percutian singkat atau aktiviti bersama keluarga.

View this post on Instagram

Rakyat Malaysia Gemar Taman Tema Di Luar Negara

VIA Resort World Sentosa

Bagi pengembara Malaysia yang melancong ke luar negara, taman tema terkenal di Asia terus menjadi pilihan utama. Universal Studios Singapore mencatatkan tempahan tertinggi, diikuti Hong Kong Disneyland Park dan VinWonders Phu Quoc di Vietnam.

Trend ini memperlihatkan bahawa ramai pelancong kini merancang destinasi berdasarkan pengalaman dan aktiviti yang ingin dinikmati, sebelum memilih tempat penginapan.

Aktiviti Jadi Faktor Utama Merancang Percutian

VIA JNTO

Pengarah Negara Agoda bagi Malaysia dan Brunei, Fabian Teja berkata, semakin ramai pelancong menjadikan aktiviti sebagai sebab utama mereka memilih sesuatu destinasi, berbanding sekadar tambahan kepada jadual perjalanan.

Selain destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Agoda turut merekodkan tarikan popular lain di rantau ini termasuk Tokyo Disney Resort, Lotte World di Seoul, Jakarta Aquarium Safari, Skyflyers Giant Swing di Bangkok serta lawatan ke Jiufen dan Yehliu di Taiwan.

Penemuan ini sekali lagi membuktikan bahawa pengalaman unik di sesuatu destinasi kini memainkan peranan penting dalam merancang percutian, sama ada di dalam mahupun luar negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Agodaaquaria klccFabian TejaGenting SkyworldZoo Negara
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

CelcomDigi
LifeXplore

Kekal Berhubung Sepanjang Perjalanan Umrah Dengan Pas CelcomDigi

by Nurul A.
November 4, 2026

Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah kini boleh menikmati pengalaman keterhubungan lancar dengan Pas Perantauan Umrah (Umrah Roaming...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
LifeXplore

Pernah Kurang Yakin Berbahasa Inggeris, Pak Nil Kini Kongsi Rahsia Komunikasi Menerusi SHOW ADA KELAS

by Phic ARMAN
October 22, 2026

Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara,...

Read moreDetails
LifeXplore

OCTOFest CIMB Tarik 100,000 Pengunjung, PMKS Raih Peluang Jualan RM1.2 Juta!

by Phic ARMAN
October 31, 2026

Festival bukan sekadar tempat mencari makanan sedap atau menikmati persembahan artis. Kadangkala, acara sebegini turut membuka peluang kepada peniaga kecil...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Sekadar Ratu Cantik, Jawapan Kavitha Malathy Tentang Alam Sekitar Curi Perhatian!

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Bukan sekadar kecantikan dan penampilan di atas pentas, Kavitha Malathy membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu membawa suara masyarakat serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara