Monday, April 29, 2024

Ning Baizura Titip Pesan & Doa Untuk Diana Danielle & Farid Kamil,-“Kamu Berdua Bertuah…”

1.5k
KONGSIAN

Desas-desus mengatakan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil bakal bersatu semula tersebar di media sosial. Ini susulan pasangan ini muncul dalam sebuah program bual bicara secara podcast yang dikendalikan oleh BUDIEY dalam rancangan BORAK SINI HABIS SINI. Rancangan ini boleh ditonton di saluran Youtube rasmi BUDIEY CHANNEL.

Dalam beberapa sedutan video yang dimuatnaik oleh Budiey di media sosialnya, pasangan ini seolah memberi gambaran tentang hubungan mereka pada masa hadapan.

Ramai peminat yang meramal bahawa pasangan ini bakal rujuk semula. Betul ke?

Hal ini turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon Ning Baizura. Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah meluahkan rasa syukur di ruangan komen. Dia berdoa agar Allah mempermudahkan urusan pasangan ini jika mahu bersatu semula.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga, doakan yang baik-baik untuk Farid dan Diana. Semoga Allah Permudahkan segalanya untuk kamu berdua selalu, Allah berikan Keberkatan, kebahagiaan, kekuatan, kecekalan, semua kebaikan, keseronokan, suka dan duka, & keajaiban & keindahan Perkahwinan, dan saling menyayangi dengan sepenuh hati.”

Tambahnya lagi, pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu merasakan sangat bahagia melihat mereka berdua disatukan semula seperti ini.

“Semoga kekal hingga ke Jannah. Forever. Amin, bahagia tengok kamu berdua macam ni. Allah is Great U both have beautiful azimat beautiful anak2 yg soleh … dan anda berdua sangat bertuah untuk melihat keindahan & Kekuatan antara satu sama lain, Masyallah Alhamdulilah . U both are a UNIT forever Ingat tau. Amin.”- tulisnya.

Sekadar info,  pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mempunyai dua cahaya mara iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
+1
0
+1
10
+1
0
+1
0
+1
0
+1
8

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI