Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Ifan Seventeen Bakal Hiburkan Peminat Di Malaysia, Luah Rasa Terharu,- “Alangkah Indah Jika…”

by Aphit J.
September 16, 2023
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerana Konsert Memori Terindah 2023 yang dibawakan oleh Mutiara Optimum Sdn Bhd dan diterbitkan One Event Resources hadir dengan barisan pemuzik dan penyanyi terbaik kolaborasi Indonesia dan Malaysia.

Mereka ialah Ifan Seventeen dan Anggi Marito (Indonesia), Alif Satar & The Locos (Malaysia). Ketiga-tiga penyanyi ini akan bertemu dan menghiburkan peminat menerusi Konsert Memori Terindah 2023 yang dijadual berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 11 November 2023 pukul 8 malam.

Penganjur Adam Hanafi dari Mutiara Optimum Sdn Bhd menyifatkan Konsert Memori Terindah 2023 yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari Indonesia dan Malaysia, dengan masing-masing sudah lama memikat hati penggemar adalah sebuah acara yang mempunyai nilai tersendiri.

“Konsert Memori Terindah 2023 adalah sebuah penganjuran yang menggabungkan kolaborasi pemuzik atau penyanyi dengan kualiti dan telah memahatkan memori tersendiri buat peminat.

“Siapa yang tidak kenal dengan Ifan Seventeen, penyanyi bersuara gemersik bersama untaian lirik dan lagu yang cukup melankolik.

“Kami mengambil contoh hanya satu lagu Seventeen iaitu Kemarin dan kami percaya bukan hanya Ifan yang mempunyai Memori Terindah mengenai lagu dan Allahyarham anggota lainnya tetapi peminat juga mempunyai kenangan peribadi terhadap lagu ini.

“Bersama Ifan kami hadirkan Anggi Marito, peserta Indonesian Idol yang mempunyai vokal cukup memukau sekaligus menjadi satu-satunya bunga di dalam konsert ini.

“Dan untuk mencapai matlamat kami iaitu memastikan silaturahim antara dua negara tetap terjalin baik, Alif Satar & The Locos adalah pemuzik paling tepat mewakili Malaysia dalam Konsert Memori Terindah 2023.

“Dengan itu kami percaya Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi konsert yang akan membuat anda pulang dengan kenangan terbaik sepanjang tahun ini,” ujar Adam Hanafi dari Mutiara Optimum Sdn Bhd.

Ifan akan tampil tanpa anggota asal Seventeen

Sementara itu bagi Ifan kesempatan beraksi di Malaysia setelah sekian lama tidak menghiburkan peminat di sini adalah sebuah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Apa lagi di Konsert Memori Terindah 2023, Ifan akan tampil tanpa anggota asal Seventeen iaitu Allahyarham Bani, Herman, Andi yang meninggal dunia dalam tragedi tsunami pada 22 Disember 2018 silam.

“Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi momen yang signifikan buat saya secara peribadi dan mantan anggota Seventeen lainnya kerana ia membuktikan meski tanpa kehadiran sosok Allahyarham Bani, Herman, Andi, muzik kami masih tetap dicintai rakyat Malaysia.

“Alangkah indah jika kesemua sahabat saya yang sudah ‘berpulang’ dan dicintai dapat menyaksikan Konsert Memori Terindah 2023 ini,” ujar Ifan.

“Kami akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua,”- Alif

Bagi Alif Satar, inisiatif yang diambil Mutiara Optimum Sdn Bhd menganjurkan konsert membabitkan pemuzik dua negara serumpun akan terus menyuburkan industri muzik Nusantara.

“Ini menunjukkan meski berbeza negara, mempunyai sedikit perbezaan bahasa namun muzik adalah sebuah pla]orm yang universal dan bukan hanya mampu malah bakal memberi peminat kenangan terindah.

“Sampai jumpa di Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 kerana sudah pasti kami akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua,” ujar Alif.

Tiket-tiket Konsert Memori Terindah 2023 yang berharga RM158 sehingga RM988 (Meet & Greet) sudah boleh dibeli di myticketasia.com atau hubungi talian 019 7860 144.

Pastikan temu janji anda bersama Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre untuk melengkapkan kenangan terhebat yang pernah dirasai pada tahun ini.

Acara: Konsert Memori Terindah 2023
Artis: Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos
Tarikh: 11 November 2023
Masa: 8 malam
Lokasi: Plenary Hall ,Kuala Lumpur Convention Centre
Tiket: RM158 – RM988 (Meet & Greet)
Platorm Pembelian Tiket: myticketasia.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/wyn19
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem