Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Siapa Sangka Dulu Hanya Beri Nasihat Menerusi Rap, Kini Altimet Berdiri Sebagai Wakil Rakyat Mahu Bantu Beri Kebajikan

by Puteri Alia
September 19, 2023
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Secara rasmi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat hari ini, penyanyi rap, Altimet berjanji akan memastikan kebajikan penduduk di sekitar Lembah Jaya terjaga.

Menurut pemilik nama penuh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, tanggungjawab yang digalasnya ketika ini sangat besar namun dia akan berusha memastikan segala keperluan yang dikehendaki rakyat di kawasan tersebut tercapai.

“Seperti ada satu tanggungjawab besar terletak di atas bahu ini.

“Bagaimanapun semua itu bukan alasan untuk menggalas tanggungjawab ini sebagai balasan budi kepada mereka yang sudah mengundi saya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu,” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Amboi itu akan terus menyantuni penduduk di sekitar Lembah Jaya bagi mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi sehingga hari ini.

“Harap dapat berkomunikasi dengan warga Lembah Jaya dengan lebih baik dan saya serta pasukan ketika ini sedang mengumpul maklumat sebelum betul-betul turun padang.

“Tumpuan utama kami ialah untuk kes-kes kebajikan asnaf, pembangunan infrastruktur dan juga penambahbaikan fasiliti pusat pendidikan di sekitar Lembah Jaya.

“Apapun, saya yakin dengan kebolehan pasukan pejabat khidmat Lembah Jaya,” ujarnya.

Hari ini, Altimet mengangkat sumpah sebagai (ADUN) Lembah Jaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Pada 12 Ogos lalu, menurut laporan berita, Altimet menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi bagi kerusi DUN Lembah Jaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
altimet
https://lomp.at/mhwfq
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem