Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kini Mutu Suara Jadi Serak Dan Kasar, Tokti Reda Jika Allah Tarik Nikmat Kemerduan Suara Di Usia 40-An Ini

by Puteri Alia
September 20, 2023
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya.

Bahkan, reda merupakan salah satu buah dari rasa kecintaan manusia kepada Allah SWT. Malahan, reda juga merupakan darjat yang tertinggi dalam kalangan orang-orang muqarrabin (yang mendekatkan diri dengan Allah).

Justeru, reda bagi sesetengah individu mungkin senang untuk dituturkan di bibir, tapi belum tentu itu yang benar-benar melekat di jiwa. Maka, berusahalah untuk melahirkan sifat reda dalam diri. Betapa nikmatnya hidup apabila Allah menghalalkan redaNya kepada seseorang.

Berbahas soal ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza reda dan bersedia dengan segala kemungkinan jika masalah vokal dan pernafasan yang dihadapi dalam proses rakaman album terbaharu, SITISM, berlarutan.

Malah, Siti bersikap positif dan sedia terima dengan hati terbuka komen peminat berhubung mutu nyanyian yang terjejas akibat pernah dijangkiti COVID-19.

“Sampai suatu ketika, apabila masalah vokal ini lama hendak pulih, dalam diri, Siti sudah reda jika Allah hendak tarik sikit suara ini.Ini

“Pada usia 40-an, kalau Allah hendak bagi suara Siti serak atau kasar, Siti okay sahaja.

“Siti anggap ini sebagai ingatan daripada Allah. Insya-Allah, Siti akan jaga (vokal) sebaiknya.

“Ada peminat bercakap mengenai mutu suara Siti. Apa Allah hendak bagi, Dia akan bagi. Kalau kalau Allah hendak tarik, Dia akan tarik.

“Dalam keadaan sekarang, Siti hanya nyanyi ikut kemampuan,” katanya.

Biarpun pernah tertekan, namun, penerima trofi Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini tidak pernah berputus asa memulihkan kembali vokal dengan mendapatkan rawatan pakar.

“Suara ini aset bagi artis dan besar maknanya.

“Justeru, rasa tertekan itu ada, tetapi Siti tidak terlalu memikirkannya. Bagaimanapun, dalam hati, Siti berharap masalah vokal ini dapat diatasi.

“Selain kerap bertemu pakar, Siti berdoa depan Kaabah ketika menunaikan umrah, Ramadan lalu. Siti berdoa masalah vokal ini segera pulih dan dapat siapkan proses rakaman album SITISM yang sudah beberapa kali tertangguh,” katanya.

SITISM adalah album ke-20 yang dihasilkan penyanyi No 1 negara ini.

[VIDEO] Gelagat Afwa Puji Masakan Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
ctdkDato Seri Siti Nurhalizatokti
https://lomp.at/efwmp
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem