Tuesday, December 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Risau Akan Keselamatan Mondy Tattoo, Caprice Mahu Bertanggungjawab Dan Sanggup Upah Bodyguard

by Puteri Alia
September 20, 2023
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mengupah pengawal peribadi (bodyguard) demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pensohor Mondy Tattoo di negara ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, berkata, tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak perkara tidak sepatutnya berlaku terhadap wanita kelahiran Indonesia itu.

“Mondy selamat di sini. Paling bahaya kalau dia balik (Indonesia), kes ini akan berjalan lebih sebulan. Jadi, dalam tempoh itu dia akan berada di bawah jagaan pihak saya.

“Buat waktu ini kami pastikan dia dalam keadaan selamat sepanjang masa malah akan ada seorang ‘bodyguard’ wanita menemaninya.

“Tanggungjawab menjaganya jatuh ke bahu saya 100 peratus. Saya juga dah berbincang dengan Kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Menurut Caprice lagi, dia memberikan layanan sebaik mungkin kepada Mondy yang sudah dianggap sebagai tetamunya sepanjang berada di negara ini.

“Kalau Mondy balik ke Indonesia kes ini akan ditutup. Saya pun datang dari keluarga diplomatik yang diajar menghargai tetamu. Bapa saya dulu kerja di Wisma Putra.

“Saya dah biasa jaga tetamu. Kalau kalian datang ke tempat dia menginap, boleh tahu pihak saya layan dia baik-baik. Dia minta rokok gudang garam, saya cari sampai Bangi,” katanya.

Ditanya harapan berhubung kes membabitkan gangguan seksual itu, dia menegaskan bukan sekadar berkaitan Mondy, besar harapannya semua kes membabitkan mangsa bagi isu sama menemui keadilan.

“Harapan untuk semua kes termasuk kes Mondy adalah supaya suara mangsa dapat didengar secara jelas sebelum mengecam mereka.

“Mangsa seksual, takkan kita nak kecam secara melulu. Saya berharap orang Malaysia dapat beri peluang kepada semua mangsa mendapat pembelaan.

“Insya-Allah, kebenaran dan keadilan akan sentiasa berada di pihak mangsa,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER capriceMondy TattoUstaz Ebit Lew
Share12Tweet8SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  2. 2

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

  3. 3

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  4. 4

    [VIDEO] Pipi Siti Saleha Dicium Seorang Jejaka Undang Perhatian Peminat

  5. 5

    [VIDEO] Dipuji Netizen, Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes