Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Gara-Gara Diana Terima Kejutan Bunga Mawar Daripada Farid, Neelofa Juga Mahu Bunga Daripada Encik Suami

by Puteri Alia
September 20, 2023
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Rujuk dalam perkahwinan merupakan perkara yang tidak asing dalam membincangkan isu-isu kekeluargaan Islam. Tiga istilah yang saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan ini adalah nikah, cerai dan rujuk.

Hubungan ketiga-tiga istilah ini lebih mudah difahami bahawa rujuk dalam perkahwinan mestilah berlaku selepas terjadinya perceraian, manakala perceraian pula hanya boleh berlaku dengan sebab ada perkahwinan yang sah
sahaja.

Bahkan, perceraian merupakan suatu perkara yang paling tidak diingini oleh setiap pasangan yang melayari alam perkahwinan. Perceraian bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan tetapi seluruh ahli keluarga terutama anak, yang pasti terpalit keperitan akibat perpecahan orang tuanya sehingga menjejaskan emosi.

Maka, Islam telah membuka ruang bagi pihak suami isteri yang bercerai untuk kembali bersama sebagai sepasang suami isteri melalui kaedah rujuk.

Berbahas soal ini, kemesraan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang kembali rujuk pada 31 Ogos lalu semakin terpancar apabila Farid membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sejambak bunga mawar berwarna merah jambu buat isterinya itu.

Detik bahagia itu dikongsikan pengacara terkenal Neelofa di akaun Instagram Story miliknya semalam.

Pemberian penuh bermakna itu disambut dengan keceriaan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu sehingga dikatakan mengundang rasa cemburu buat Neelofa yang sempat merakamkan momen itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Neelofa turut meminta sejambak bunga daripada suaminya Haris Ismail.

“Farid Kamil hadiahkan bunga masa Diana di set Naelofar (jenama hijab). Sayang Haris nak bunga berwarna biru,” tulisnya.

Terdahulu Farid mengesahkan dia dan isteri kembali rujuk pada penghujung Ogos lalu.

Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Pertama Kali Sambut Hari Bapa Sebagai Bapa Tunggal, Farid Kamil Luah Rasa Terharu

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
diana daniellefarid kamilneelofa
https://lomp.at/kz7fw
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem