Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bukan Benci Atau Tidak Peduli Susah Senang Adik-Beradik, Neelofa Akui Cuma Tak Mahu Ambil Tahu Status Engku Emran Dan Kakanya

by Puteri Alia
September 21, 2023
211
KONGSIAN
Share on Facebook

Berdiam diri supaya sesuatu yang menjadi bualan itu mati adalah tindakan yang baik. Kerap berlaku apabila kita tahu mengenai sesuatu perkara tetapi barangkali perkara itu sensitif dan mengaibkan, maka lebih baik kita diam. Barangkali juga sesuatu perkara itu lebih elok disampaikan oleh si empunya diri.

Apabila kita buka mulut, mungkin kita boleh jadi lebih sudu daripada kuah. Dalam konteks ini, frasa golongan selebriti iaitu ‘no comment’ adalah respons yang bagus meskipun ia klise.

Berbahas soal itu, bukan benci atau tidak mempedulikan susah senang antara satu sama lain, Neelofa sebaliknya selesa mengambil pendekatan selamat, enggan melayan gosip keretakan perkahwinan kakaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran yang kembali hangat diperkatakan ketika ini.

Katanya, biarpun sebagai adik-beradik, dia malas menjadikan gosip sebegitu sebagai modal bercerita sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik untuk seisi keluarga.

“Saya tak suka nak ambil tahu. Malas. Kita adik-beradik memang sentiasa mendoakan yang terbaik, dalam apa-apa keadaan sekali pun, bukan kepada dia sahaja.

“Tetapi memang sebenarnya saya saya tak mahu ambil tahu,” kata Neelofa.

Tambah Neelofa, kakaknya yang juga ahli perniagaan itu juga tidak pernah meluahkan isi hati atau masalah rumah tangga kepadanya.

Malah isteri kepada PU Riz itu juga tidak nampak sebarang perubahan emosi kakaknya itu.

“Kalau (cerita masalah) dengan saya tidak, tetapi mungkin dengan adik-beradik lain, dia pun tahu saya ada banyak perkara lain untuk diberikan fokus.

“Sepanjang tempoh ini dia biasa saja, jadi saya pun tak tanya. Kecuali kalau dia telefon saya secara peribadi dan cerita, itu lainlah,” katanya mengulas tindakan Emran memadam gambar-gambar Nabila menerusi Instagram.

Bukan kali pertama, desas-desus dakwaan perkahwinan pasangan terbabit di ambang perpisahan pernah tercetus sekitar Februari lalu apabila dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Spekulasi keberantakan hubungan pasangan yang bernikah pada Mac 2021 reda seketika sehinggalah baru-baru ini kembali hangat dek ketiadaan kelibat Emran pada sambutan hari jadi kelima anak tirinya, Jebat Jayden.

Sebelum bersama Nabila, Engku Emran pernah bergelar suami kepada aktres Erra Fazira serta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

engku emranneelofanoor nabila
https://lomp.at/ypyy2
Share84Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem