Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

by Phic ARMAN
September 22, 2023
2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan mereka di bina sejak 2021. Selepas mencapai persetujuan bersama, Nabila berkata kepada Harian Metro bahawa dia bakal bercerai dalam waktu terdekat.

“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

Nabila tidak menyatakan punca perceraian namun memberitahu bahawa mereka tidak mampu menjadi pasangan yang saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu. Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya kepada Harian Metro

Meskipun tampil membuat pendedahan berhubung perceraian berkenaan, Engku Emran  sehingga hari ini tidak berkongsi secara lanjut sebab mereka mengambil keputusan itu. Tambah Nabila lagi, suaminya  pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan ke-3 Engku Emran yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Terdahulu, Erra Fazira menegaskan, dia enggan masuk campur atau terlalu mengambil tahu mengenai spekulasi rumah tangga bekas suaminya dengan Nabila yang dilaporkan berantakan. Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dia hanya mengetahui daripada media massa berikutan dakwaan status perkahwinan ketiga Engku Emran yang menjadi tanda tanya ramai.

“Saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya. Saya menghormati kehidupan dia dan tidak pernah bertanya you ada masalah ke? You okey?… tiada,” komen Erra.

Semoga urusan pasangan ini dipermudahkan, dan haruslah redha bahawa jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT.

[VIDEO] Jebat Jayden Bongkar Rahsia Noor Nabila Dating Dengan Sharnaaz Ahmad?..
engku emrannoor nabila
https://lomp.at/7vbgg
Share812Tweet507SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem