Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Istimewa Zarina Zainuddin, Azal Kini Dalam Proses Kenal Hati Budi “Calon Isteri” Gadis Indonesia

by Puteri Alia
September 22, 2023
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap orang mempunyai keinginan untuk berpasangan.

Tidak terkecuali, anak kembar autisme kepada pelakon Zarina Zainuddin, iaitu Azal Azrai yang juga pernah suatu ketika dahulu tular tentang keinginannya untuk berkahwin.

Bagaimanapun, Zarina Zainuddin memberitahu anak bujangnya, Muhammad Raizal Azrai, kini sedang mengenali hati budi gadis dikenali sebagai Rahmah.

Zarina berkongsi hubungan Muhammad Raizal atau disapa Azal dengan gadis berasal dari Indonesia yang menetap di Singapura itu, melalui hantaran Instagram (IG), baru-baru ini.

Zarina berkata, Azal sudah lama mengenali gadis berusia 26 tahun, namun, mereka mula akrab baru-baru ini.

“Azal dan Rahmah berkenalan ketika berniaga di ekspo di Singapura. Baru-baru ini, mereka mula rapat.

“Pada mulanya, Azal sukar terima Rahmah kerana dia lebih suka wanita tidak bertudung.

“Tetapi, selepas saya jelaskan wanita beragama Islam wajib menutup aurat, Azal faham dan lama-kelamaan, apabila tengok Rahmah layan dengan baik, akhirnya, Azal terima,” katanya.

Bagaimanapun, Zarina berkata, dia belum memikirkan hubungan Azal dan Rahmah berkembang ke fasa seterusnya. Zarina tidak mahu memaksa, sebaliknya, lebih suka anak terunanya itu dan Rahmah, saling mengenali hati budi.

Tambah Zarina, Rahmah tahu mengenai keadaan Azal dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya tak letak harapan besar kerana saya tahu keadaan Azal. Sekarang, biarlah mereka berkenal-kenal dahulu, saya mahu Rahmah betul-betul ikhlas terima Azal.

“Setakat ini, apa yang saya nampak, Rahmah baik, lurus dan tidak banyak karenah orangnya. Dia sudah lama ikuti Azal di IG, jadi, dia tahu keadaan Azal,” katanya.

Zarina berkata, Azal pernah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin tetapi dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Tambah Zarina, sekiranya Azal berkahwin, dia akan meminta anak dan wanita pilihannya tinggal bersamanya terlebih dahulu.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
azalzarina zainuddin
https://lomp.at/uxnin
Share47Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem