Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Nak Ambil Tahu Urusan Rumah Tangga Anak-Anak, Ibu Neelofa Mahu Hidup Bahagia Dengan Anak Cucu Saja

by Puteri Alia
September 22, 2023
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Ibu kepada usahawan selebriti Noor Nabila, Datin Noor Kartini enggan mencampuri urusan rumah tangga anak-anaknya yang disifatkan sudah cukup matang melayari kehidupan berkeluarga.

Katanya, urusan dimaksudkan termasuklah spekulasi keretakan perkahwinan puterinya dengan suami, Engku Emran yang kembali hangat diperkatakan baru-baru ini.

Malah ibu kepada sembilan cahaya mata itu turut meminta segala kemusykilan berkenaan status terkini Noor Nabila ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan.

“Dia (Nabila) sudah berkeluarga, dah dewasa dan kalau nak tahu kena tanya dia sendiri.

“Kalau boleh urusan rumah tangga anak-anak saya enggan campur, tak nak tahu.

“Saya nak hidup bahagia dengan anak cucu saja. Bagi saya, mereka sempurna di mata, hati saya,” katanya.

Menurut Noor Kartini lagi, dia lebih mensyukuri nikmat kebahagiaan berkasih sayang bersama ahli keluarga terdekat.

“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung.

“Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga bersama anak-anak saya. Itu sudah cukup,” katanya.

Sekitar Februari lalu timbul desas-desus kononnya pasangan yang bernikah sejak Mac 2021 itu tidak lagi sebumbung, selain didakwa dalam proses untuk bercerai.

Kelibat lelaki berusia 48 tahun itu juga tidak kelihatan pada sambutan hari ulang tahun kelima anak tirinya, Jebat Jayden pada 30 Ogos lalu.

Sebelum bersama usahawan wanita berjaya itu, Emran pernah bergelar suami kepada aktres Erra Fazira serta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia
engku emranneelofaNoor Kartininoor nabila
https://lomp.at/64yqk
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem