Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran

by Naddy Joe
September 25, 2023
297
KONGSIAN
Share on Facebook

Suami kepada usahawan selebriti, Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin berkongsi luahan hati mengenai hikmah pertemuan dirinya yang dijodohkan dengan tiga wanita yang hebat.

“Saya Tidak Pernah Keluar Untuk Mencari Mereka…”

Engku Emran, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa pada awalnya, dia tidak pernah keluar mencari atau merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella, dan Nabila. Namun, pertemuan ketika sedang bekerja telah membuatkan mereka jatuh cinta.

“Saya selalu bertanya kepada Allah dan tertanya-tanya mengapa Dia mempertemukan tiga wanita hebat untuk menjadi menantu Mummy. Saya tidak pernah keluar untuk mencari mereka dan saya tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi mereka muncul dalam hidup saya semasa saya sedang bekerja dan kami jatuh cinta.”-tulis Engku Emran

Tambahnya lagi, Engku Emran turut berpendapat pernikahannya bersama tiga wanita luar biasa ini mempunyai hikmahnya.

“Seorang (Erra Fazira) memberikan saya anak. Seseorang (Laudya Cynthia Bella ) memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia. Dan seorang lagi (Nabila), membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy saya. Jadi saya berasa selesa bahawa itulah hikmah mengapa laluan kami bertembung.”-kongsi Engku Emran

Berada Dalam Keadaan Baik

Dalam pada itu, ahli perniagaan ini juga berkongsi keadaan dirinya bersama anak perempuan beliau yang berada dalam keadaan baik selepas tular beritanya bakal bercerai di media sosial.

“Saya menerima banyak mesej dari individu yang tidak dikenali, rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga yang bertanya sama ada saya okay.

Saya tahu anda benar-benar risau tentang saya kerana ‘sampah’ yang berkeliaran di alam maya. Dan saya tahu ia kadangkala tidak dapat dielakkan kerana cerita ini dihantar kepada anda tanpa anda mencarinya.

Apapun, saya mahu anda semua tahu yang saya okay dan Aleesya juga okay.”-tulis Engku Emran lagi

View this post on Instagram

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/7j2ao
Share119Tweet74SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem