Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Imran Aqil Tulis Lagu Sebelum Nikah,-“Lagu Ini Cukup Bermakna Dari Saya Untuk Dahlia’

by Phic ARMAN
September 25, 2023
Share on Facebook

Sebuah lagu hasil ciptaan bersama Imran Aqil, bekas peserta Hero Remaja 2020 dengan komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Bunga Dahlia telah dilancarkan pada 24hb September 2023 selepas majlis pernikahan pasangan yang telah menarik perhatian netizen, Imran Aqil dan Dahlia Rizal bulan ini.

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, lagu Bunga Dahlia merupakan kolaborasi susulan selepas Imran membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment.

Imran juga membuat penampilan dalam lagu Bunga Dahlia tersebut melalui sebuah puisi khas buat isterinya yang tercinta, Dahlia Rizal.

“Lagu Bunga Dahlia adalah curahan hati saya kepada bakal isteri, Dahlia Rizal, ketika ianya ditulis. Kini, kami telah menjadi pasangan yang sah membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada saya untuk Dahlia. Diharapkan agar semua dapat mendoakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini,” jelas Imran Aqil.

Aiman Sidek, penyanyi dan penulis bersama lagu ini berkata,

“Bunga Dahlia merupakan sebuah karya yang ditulis dan dipersembahkan bersama dengan bekas peserta Hero Remaja ini yang berkisar tentang keinginan seorang pencinta yang mencurahkan segala rasa dan perasaannya kepada kekasih hatinya, Dahlia yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar dalam jiwa yang mencintainya, iaitu Imran.”

YouTube video

Pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio lelaki radio terkemuka di Malaysia, tersebut telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati beliau, Dahlia Rizal,
seorang pempegaruh media sosial yang juga terkenal sebagai seorang model untuk koleksi hijab, pada 9 September 2023 yang lalu selepas hampir lebih setahun pertunangan mereka.

“Lagu Bunga Dahlia merupakan hasil karya bersama seorang personaliti muda yang sangat rendah diri dan menghormati orang sekelilingnya. Seusai pertunangan
Imran pada tahun lepas, kami telah mengadakan perbincangan dengan Imran untuk menjayakan kejutan bermakna sempena perkahwinan mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” menurut Meor Alfaizal dan Raja Azraff yang merupakan Penerbit Eksekutif bagi pihak 4U Entertainment.

Pihak 4U Entertainment membuka peluang kepada pasangan kekasih terutamanya yang bakal mendirikan rumah tangga serta ingin berkolaborasi menghasilkan buah
tangan istimewa sempena hari bahagia buat pasangan masing-masing.

Dahlia Rizal & Imran Aqil Dedah Wajah Anak, Netizen Teruja!
Dahliaimran aqil
https://lomp.at/q0re9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Berita

Jaclyn Victor & Vanessa Reynauld Bakal Berentap Di Singer 2026-Malaysia

by Naddy Joe
May 11, 2026

Dua bintang vokal tanah air, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, bakal menggalas cabaran besar apabila telah dipilih sebagai peserta dalam...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara