• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Kisah Benar! Wanita Yang Sering Menumpang Kereta, Akhirnya Diculik & Menjadi Hamba Seksual!

by Jash Lee
September 26, 2023
Share on Facebook

“Wanita ini dikurung dan dijadikan hamba seks sehingga dia menjadi pengasuh anak kepada penculiknya”

Kisah benar ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Colleen Stan di mana kejadian ini berlaku ketika dia berumur 20 tahun.

Kerana kehidupannya yang biasa dan tidak mempunyai kereta, Colleen Stan gemar menumpang kereta yang lalu lalang untuk pergi ke suatu tempat. Pada 19 Mei 1977, Coleen telah menumpang pada van yang salah dan menjadi tragedi dalam hidupnya.

Pada awalnya Colleen mula rasa curiga dengan van yang cuba menumpangkannya itu namun dia berfikiran positif kerana di dalam van tersebut mempunyai sepasang suami isteri dan seorang bayi.

Firasat Hati Mengatakan Untuk Melarikan Diri

Sepasang suami isteri di dalam van tersebut yang bernama Cameron Hooker dan Jenice Hooker mempelawa Colleen untuk menumpangkannya. Kemudian Colleen ingin ke tandas dan mereka berhenti seketika di stesyen minyak.

Kemudian semasa Colleen di tandas dia merasakan ada suara yang menyuruh dia larikan diri tapi Colleen tertanya-tanya lari untuk apa?

Ketika itu, Colleen masih lagi berfikiran positif dan kembali ke van tersebut. Mereka sambung perjalanan tersebut akan tetapi secara tiba-tiba Cameron melencong ke jalan lain yang terpencil. Colleen mula merasakan firasat buruk tadi itu adalah benar dan secara tidak semena-mena Cameron menghalakan pisau ke arah leher Colleen.

Dijadikan Hamba Pemuas Nafsu!

Rupa-rupanya kejadian tersebut telah dirancang oleh Cameron dan Jenice kerana ingin menjadikan Colleen sebagai hamba seks Cameron disebabkan Jenice dah tidak mampu untuk melayan nafsu serakah suaminya itu.

Selepas diculik, Colleen dibawakan keruangan bawah tanah dan dikurung di dalam peti kayu hanya sebesar keranda. Hari demi hari, Colleen disiksa menggunakan alatan seks dan dipaksa untuk melihat aksi ranjang pasangan suami isteri tersebut sehingga suatu hari Jenice menyuruh suaminya membuat apa sahaja kepada Colleen.

VIA GOOGLE

Bukan itu sahaja, Colleen juga dipaksa menandatangan surat perjanjian untuk bersetuju menjadi hamba seumur hidup. Tidak lama kemudian, Colleen diberi sedikit kebebasan di dalam rumah serta diminta untuk menjaga dua orang anak pasangan itu. Akan tetapi tempat tinggal Colleen masih lagi di dalam peti kayu tersebut.

Colleen tidak cuba untuk melarikan diri kerana diugut oleh Cameron akan membunuh keluarga Colleen jika dia melarikan diri. Selama 7 tahun Colleen hidup dalam ketakutan dan penyiksaan, pada tahun 1981 Colleen diberi kebenaran untuk bertemu dengan keluarganya namun diikuti Cameron. Colleen berinteraksi seperti biasa dan keluarganya tidak mencurigai apa-apa.

Dijadikan Isteri Kedua?

Pada tahun 1983 Cameron memutuskan untuk menjadikan Colleen sebagai isteri keduanya, namun Jenice mula cemburu akan keputusan tersebut dan ingin menolong Colleen untuk melarikan diri. Selepas membantu Colleen melepaskan diri, Jenice juga melaporkan kepada pihak polis mengenai perilaku suaminya itu.

Akhirnya Cameron ditangkap dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 104 tahun. Jenice tidak didakwa selepas memberi keterangan dalam kes pendakwaan terhadap suaminya.

Kini Colleen dilaporkan telah berkahwin dan aktif dalam membantu wanita-wanita lain yang terlibat sebagai mangsa penderaan.

Apa kata anda?

cameron Hookercolleen stanJenice Hooker
https://lomp.at/urb27
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Dunia

10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021

by Jash Lee
December 11, 2021

Kecantikan dan ketampanan seseorang itu adalah sangat subjektif. Itu bermakna, setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan dan juga...

Read moreDetails
Dunia

Senarai Negara Terpaling Kecil Dalam Dunia, Ada Yang Hanya 7 Penduduk Saja!

by Soph Azz
November 3, 2023

Rasanya ramai yang tak tahu sebenarnya dalam dunia ini ada beberapa negara yang sangat kecil; sama ada kecil dari segi...

Read moreDetails
Dunia

Kenapa Burung Tidak Terkena Renjatan Bila Bertenggek Di kabel Elektrik? Ini Sebabnya!

by Jash Lee
July 17, 2023

Pernah tidak bila anda keluar rumah lalu lihat banyak burung yang bertenggek di kabel-kabel elektrik, namun tiada apa yang terjadi...

Read moreDetails
Dunia

Kubur Orang Yahudi Di Penang Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu!

by Jash Lee
November 17, 2023

Pernahkah anda terfikir bahawa orang yahudi mempunyai kubur di Malaysia ini? ya ada! Terletak di Georgetown, penang, kubur yahudi merupakan...

Read moreDetails
Dunia

Kisah Model lelaki Iklan Marlboro Yang Tidak Pernah Merokok!

by Jash Lee
July 20, 2023

Robert Norris (1929-2019) merupakan seorang lelaki yang paling terkenal dalam industri pengiklanan rokok Marlboro pada tahun 1955 hingga 1999. Norris...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore