Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bilal Baharu Berusia 21 Bulan Sudah Dihantar Ke Sekolah, Neelofa Akui Turut Ambil Guru “Tuisyen” Mengajar Di Rumah

by Puteri Alia
September 25, 2023
299
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan selebriti, Neelofa mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal sudah diperkenalkan dengan aktiviti pembelajaran bermula di rumah di bawah bimbingan seorang guru.

Katanya, hanya baru-baru ini puteranya yang baharu berusia 21 bulan itu dihantar ke sekolah bagi membolehkannya bergaul dengan rakan sebaya.

“Sebenarnya sebelum ini saya memang ada panggil cikgu datang ke rumah untuk mengajar Muhammad Bilal.

“Kalau dulu waktu mengajar kira-kira tiga kali seminggu, tetapi selepas dia sudah bersekolah, cikgu cuma datang sekali seminggu.

“Walaupun dah belajar di rumah, saya tetap perlu hantar anak ke sekolah kerana dia perlu bersosial,” katanya.

Isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail atau PU Riz itu mengulas mengenai keputusan menghantar anaknya mengikuti pendidikan di sekolah pada usia kanak-kanak.

Pada masa sama, Neelofa yang juga ibu kepada dua cahaya mata mengulas mengenai pendapatnya berhubung kebenaran akses kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anak-anak kepada ibu bapa.

Katanya, trauma mengikuti kes penderaan kanak-kanak membuatkannya berkongsi luahan tersebut yang disifatkan sekadar pandangan apabila turut melalui perasaan sama seperti ibu lain.

“Dalam industri seni atau tidak, apabila membabitkan mengenai keutamaan ibu bapa, saya juga macam mak-mak lain yang mahukan anak selamat dan terjaga.

“Saya tahu perkara itu menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan tidak. Saya luahkan kerana trauma melihat banyak video tular (berkaitan penderaan) yang keterlaluan.

“Kalau lalu dekat ‘timeline’ sosial media, saya akan skip (langkau). Baca kapsyen saja, tak sanggup tengok. Nauzubillah, minta jauh daripada kita semua,” ulasnya.

Tidak mempertikaikan keputusan pengurusan, Neelofa menyifatkan akses terhadap CCTV di premis sebagai nilai tambah kepada sesebuah tadika atau taska.

“Apa yang saya nampak, walaupun ada positif dan tak terima, saya rasa ini satu ‘selling point’ unik untuk pihak taska dengan menawarkan kelebihan itu sebagai satu pakej.

“Tapi saya tidak mahu orang kata sebab banyak duit nak akses CCTV. Pandangan saya, anda boleh akses kemudahan ini dari rumah jadi ibu bapa tidak boleh sesuka hati tuding jari jika berlaku sesuatu perkara,” tambahnya.

Selain Muhammad Bilal, rumah tangga Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan PU Riz turut diserikan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Neelofa Akui Paksa Diri Tonton Video Islamik, Cemburu Tengok Orang Khatam Al-Quran
What’s your Reaction?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
4
BilalneelofaPU Riz
https://lomp.at/b90r5
Share120Tweet75SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem