Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Erra Fazira Kesal Difitnah Beri Kenyataan Palsu Mengenai Engku Emran?-“Saya Hormati Privasi Ayah Kepada Anak Saya….”

by Naddy Joe
September 26, 2023
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira tampil memberikan penjelasan selepas nama turut terpalit dengan penceraian bekas suaminya, Engku Emran bersama usahawan selebriti, Noor Nabila yang sah bercerai talak satu di Mahakamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Kesal Difitnah Beri Kenyataan Palsu Mengenai Bekas Suami

Erra menerusi Insta Stories dilihat memuatnaik tangkap layar kenyataan palsu yang mendakwa dirinya mendedahkan sikap sebenar Engku Emran. Tegasnya, dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian seperti yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di mesia sosial.

“Jangan macam ni. Nak sensasi pun jangan buat fitnah!. Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini..”-tegas Erra di Instagram

“Saya Hormati Privasi Ayah Kepada Anak Saya….”

Menghormati privasi bekas suami dan Noor Nabila, pelakon filem Sembilu ini turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak mempersendakan perjalanan hidup seseorang apabila nasib dan perjalanan sendiri yang belum pasti baik atau buruk kelak.

“Saya menghormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan. Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bilamana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak. Sekian.”-tulis Erra lagi

Sekadar info, Noor Nabila dan Engku Emran telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam setelah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabila, Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres dan penyanyi iaitu Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Ahli perniagaan ini juga pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

"Masih Solo!" – Erra Fazira Nafi Kahwin Senyap, Tapi Netizen Tetap Yakin Ada Sesuatu Disorok?
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
engku emranerra faziranoor nabila
https://lomp.at/ysqes
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem