Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Siti Nurhaliza & Barisan Selebriti Titip Sokongan Buat Liza Hanim Yang Diejek Netizen Di Media Sosial!

by Naddy Joe
September 26, 2023
Share on Facebook

Tiada angin, tiada ribut, penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 23 iaitu Liza Hanim mendapat komen netizen berbaur penghinaan terhadap paras rupa serta kualiti nyanyiannya yang dikatakan sudah semakin ‘tenggelam’.

Liza Hanim Diejek Hidung Kembang, Kulit Gelap & Berlubang 

Liza Hanim, menerusi hantaran di Instagram, memuatnaik tangkap layar seorang netizen yang menyifatkan penyanyi ini kurang cantik dan berkulit hitam.

“Liza Hanim ni memang berbakat dan dan suara sedap tapi zaman dulu dengan adanya Siti Nurhaliza, banyak pertandingan dimenangi oleh TokTi dengan bertuahnya lebih cantik berbanding Liza Hanim yang ketika itu kurang cantik dengan berhidung kembang, kulit gelap serta tekstur kulit wajah Liza Hanim yang ada lubang-lubang bekas jerawat. Jadi, zaman itu Liza Hanim sedikit tenggelam.”-komen seorang netizen

Bersyukur Dengan Kurniaan Allah SWT

Liza Hanim kemudian meluahkan rasa syukur dengan setiap kurniaan Allah SWT asalkan dirinya bahagia bersama keluarga tercinta.

“Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia atau international? Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ni?

Ya betul dan akak sedar dan akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada akak. Asalkan akak bahagia bersama keluarga.

Akak tak kisah la semua cantik ke buruk ke akak ni bagi standard manusia.”-tulis Liza Hanim

View this post on Instagram

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Barisan Selebriti Pertahan Liza Hanim!

Tidak berdiam diri, perkongsian Liza Hanim turut dibanjiri dengan komen rakan selebriti termasuklah penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meluahkan rasa kesal dengan kelantangan netizen berkenaan yang menyerlahkan kebodohan sendiri.

“Tulisan dari @jabnetizen jelan menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan sentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.”-Siti Nurhaliza

“Kau nak pertikaikan ciptaan Allah! Bodoh ke apa? You are beautiful to me Liz and i love you.”-Salamiah Hassan

“Sabar, tabah dan sentiasa mensyukuri itu kecantikan sebenar. Kekalkan please. Saya doakan awak dari sini.”-Azhan Rani

“Siapa kata Liza Hanim tenggelam? Hello, Liza Hanim pemenang vokal terbaik AJL 2002 ok! Kita pun tak mampu. Love you kak ngah, you are beautiful inside and out.”-Syura Badron

“Babe kita semua dah biasa dengan kutukan rupa dan body shaming oleh netizen yang kekadang terpikir macam mana rupa orang yang mengutuk kita. But its okay babe, Allah jadikan rupa paras setiap manusia dan kita mencari rezeki dengan bakat yang telah dikurniakan. Abaikan semua tu dan jalan terus sahabat.”-Ieda Moin

Apa komen anda?

Penangan Siti Nurhaliza: Baju Raptai Hijau Terus ‘Sold Out’ Lepas Tular!
datuk seri siti nurhalizaliza hanim
https://lomp.at/wlfr3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore