Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Alami Pengalaman Indah Melahirkan Anak Sulung Secara Pembedahan, Ayda Jebat Pilih Mahu Bersalin Czer Lagi

by Puteri Alia
September 27, 2023
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang bakal melahirkan cahaya mata kedua, Disember depan, memilih kaedah pembedahan atau Caesarean berikutan selesa dengan teknik itu selepas melahirkan anak pertama, Ana Nayla.

Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat, 32, berkata melahirkan anak secara Caesarean atau Czer memberi pengalaman indah buatnya, biarpun ada yang menganggap kaedah itu menyakitkan ibu.

“Selepas melahirkan anak sulung melalui kaedah Czer, saya alami momen indah biarpun ada yang beritahu akan rasa sakit dan susah hendak dijaga.

“Sebenarnya, itu tidak betul. Mengikut pengalaman, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Jadi, untuk anak kedua, saya pilih Czer lagi.

“Bagaimanapun, setiap wanita berbeza kesan ke atas diri mereka,” katanya.

Pada masa sama, pelakon yang mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% ini memberitahu, suami, Nabil Mahir, 35, sudah berpengalaman menguruskan anak sulung yang dilahirkan secara Czer.

“Selepas melahirkan anak pertama dengan kaedah Czer, ramai kawan bertanya dan saya syorkan guna teknik sama,” katanya.

Mengulas keadaan kandungannya, Ayda bersyukur mampu menjalani rutin harian seperti biasa termasuk bekerja.

“Untuk kehamilan kedua ini boleh dikatakan saya lebih aktif. Ketika hamil anak pertama, saya tidak mahu kerja langsung. Kali ini, saya boleh buat pelbagai perkara termasuk pergi ke Taiwan.

“Kali ini, saya sudah dapat momentum dan tahu sama ada perkara yang ingin dilakukan bahaya atau tidak,” katanya yang sudah memilih tarikh kelahiran bayi keduanya itu.

Ayda berkata, anak keduanya itu sepatutnya dilahirkan pada 1 Januari, tahun depan, iaitu sama dengan ulang tahun perkahwinannya.

“Namun, disebabkan saya pilih Czer, doktor sarankan pilih tarikh lain, iaitu Disember depan,” katanya.

Pada majlis itu, Ayda mengumumkan bakal menimang anak kedua, tidak lama lagi.

Ayda Jebat Tak Pernah Masak atau Buat Kerja Rumah, Akui Mak Mertua Tak Marah
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
ayda jebatnabil mahir
https://lomp.at/j0wwu
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem