Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Anil Persoal Alasan Lakukan Pembedahan Hidung, Ini Respon Priyanka Chopra!

by Amirul Fikry
September 29, 2023
59
KONGSIAN
Share on Facebook

“Pengarah Anil Sharma mengimbau kembali apabila dahulu dia pergi berjumpa dan membantu Priyanka Chopra semasa dia dibuang dari beberapa filem dan projek selepas melakukan pembedahan hidung”

Pengarah Anil Sharma, individu yang berkerjasama bersama Priyanka Chopra menerusi filem pada tahun 2003 yang bertajuk The Love Story of a Spy, memberitahu mengenai perjalanan kejayaan yang berjaya diharungi oleh Priyanka Chopra.

Anil juga memberitahu bahawa dia mengimbau saat-saat dahulu di mana Priyanka Chopra hampir berputus asa dan ingin berhenti dari dunia seni kerana dibuang dalam beberapa filem untuk peranan utama. Perkara itu terjadi kerana dia membuat perubahan pada mukanya yang tidak disukai oleh kesemua pengarah dan penerbit filem di India.

Di dalam temubual bersama Bollywood Thikana, Anil memberitahu bahawa dia tidak kenal dengan Priyanka Chopra selepas melihat gambar terbarunya selepas menjalani pembedahan tersebut. Ketika itu, gambar tersebut diberikan kepadanya kerana mukanya berubah dan dia telah menandatangani kontrak bersama Anil.

Walaupun kejadian tersebut membuatkannya menangis kerana ditolak dan dibuang oleh beberapa orang pengarah, namun Anil tetap berada di pihak Priyanka Chopra dan satu-satunya pengarah yang masih mengambilnya untuk berlakon ketika itu.

Anil menjelaskan kepada wartawan wawancara tersebut apa yang terjadi kepada Priyanka Chopra sehingga berbuat sedemikian pada wajahnya.

“Saya beritahu kamu apa yang jadi, tragedi besar telah terjadi kepadanya (Priyanka). Dia sangat baik dan bagus, kami telah menanda tangan kontrak dan isteri saya sendiri memberikan cek wang ringgit di luar kuil. Saya pergi trip ke Amerika dan Europe selepas filem Gadar ditayangkan, kemudian saya kembali selepas 2 bulan dan mendapati Priyanka telah membuat pembedahan pada hidungnya kerana ingin terlihat seperti Julia Roberts tulis surat khabar yang saya baca”

“Saya menjadi bingung kenapa dia berbuat sedemikian kerana dia mempunyai rupa paras yang menarik”

“Apabila kawan penerbit menunjukkan gambar heroin terbaru kepada saya, lalu saya menanyakan kepadanya siapakah ini dan dia menjawab itu adalah Priyanka. Saya terkejut kerana tidak cam akan wajahnya”

“Kemudian, suatu hari, Priyanka datang ke pejabat kawan saya yang menunjukkan gambar berkenaan, bersama ibunya. Mereka berada di dalam tangisan dan memberitahu kami mengenai pembedahan tersebut sehingga meninggalkan kesan dibawah hidungnya”

Priyanka memberitahunya bahawa dia mengambil masa berbulan untuk pulih selepas dibuang oleh beberapa projek yang telah dia tandatangani.

Anil menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan pembedahan tersebut.

“Priyanka memberitahu bahawa ia adalah kerana dia mengalami resdung yang teruk. Oleh kerana ia dianggap gagal lalu Priyanka berada dalam keadaan yang teruk dari segi Psikologi dan mengambil masa untuk menenangkan diri”

Selepas beberapa bulan, Priyanka kembali dan menandatangan kontrak bersama Anil dan pengarah tersebut menjelaskan bahawa Priyanka sangat tertekan ketika itu.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Anil Sharmapriyanka chopra
https://lomp.at/8v9rg
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem