Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Takkan Artis Pakai Kereta Proton Wira Lama…”- Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri

by Puteri Alia
September 29, 2023
103
KONGSIAN
Share on Facebook
Hanya kerana memandu semula kereta model lama Proton Wira, pelakon Jasmin Hamid dicemuh segelintir netizen yang menganggapnya hidup dalam kesusahan.

Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.

“‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ Ini antara dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk?

“Saya okay saja pakai Wira lama, yang awak pula rasa alergik dah kenapa?” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Bobob adalah gelaran untuk keretanya yang dikatakan terperuk di rumah tanpa digunakan sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun baru-baru ini pelakon drama Hati Tanpa Cinta itu bersama suaminya, Nazmir Abd Rahman membaiki kenderaan yang dikatakan mempunyai nilai sentimental sebelum memandunya.

“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value (nilai sentimental). Buat yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit, Bobob nak lalu ni,” luahnya lagi sambil berseloroh.

Terdahulu, menerusi hantaran dimuat naik, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid dilihat gembira berkongsi cerita mengenai Bobob sambil ditemani suaminya yang bertindak sebagai pemandu.

Menurutnya lagi, kereta berwarna merah itu sudah pun dibaiki setelah sekian lama tidak bergerak dan tersadai kira-kira empat tahun.

“Alhamdulillah ‘my Felari’ dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob,” kongsinya.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
2
+1
3
+1
0
+1
0
+1
2
jasmin hamid
https://lomp.at/1xqul
Share41Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem