Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Tular Di Konsert Dewa 19, Rupanya Ini Rahsia Ketampanan Tyo Nugros Di Usia 53 Tahun- “Vampire Is Real’

by Zaidin Albert
September 30, 2023
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Penonton Konsert Dewa 19, A Night At The Orchestra Chapter 5, Live In Malaysia semalam terpesona dengan pemain dram kacak, kumpulan Dewa 19. Lebih-lebih lagi para wanita, dah macam histeria tatkala wajah Tyo Nugros terpampang di layar LED pentas.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kalau anda tak tahu, Tyo Nugros sudah pun berusia 53 tahun, namun itu tidak membuatkan dia hilang karisma. Bekas pemain dram kumpulan Dewa 19 itu sentiasa boleh memukau orang ramai, baik dengan aksi di atas pentas mahupun persembahan hariannya.

Rahsia Wajah Tak Di Mamah Usia

Selama ini, pemilik nama sebenarnya Setyo Nugroho ini sangat berdisiplin dan konsisten dalam menjaga pemakanan yang sihat.

“70 peratus di dapur, 30 peratus bersenam, yang penting disiplin sahaja,” katanya kepada Liputan 6.

Tyo turut menjelaskan lagi corak pemakanan sihat yang diterapkan setiap hari. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk dimakan dan makanan yang harus dielakkan. Petua yang dikongsikan membuatkan rakan-rakannya seperti tidak percaya kerana dianggap sukar untuk dilaksanakan.

Kebiasaannya dia memilih bahan yang sihat seperti sayur-sayuran, mengurangkan penggunaan minyak supaya dietnya kekal rendah kalori, dan bebas MSG.

Meningkatkan penggunaan air boleh membantu kulit kelihatan tegang. Bagaimanapun, Tyo memilih untuk mengambil air yang telah melalui proses penyulingan. Air suling itu sendiri adalah air yang didakwa bebas daripada semua mineral dan logam, menjadikannya “lebih sihat.”

“Jika anda mempunyai terlalu banyak garam dalam air suling, ia membebaskan natrium melalui peluh, jadi ia (membantu) melarutkan natrium,” jelas Tyo.

Pada malam konsert tersebut, Dewa 19 menampilkan empat anggota dan vokalis iaitu ketua kumpulan, Ahmad Dhani, Ari Lasso, Virzha dan Ello. Konsert ini berjaya menarik seramai 7,000 penonton yang membanjiri Axiata Arena yang diboleh dikatakan ‘full house’.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dengan iringan orkestr, kumpulan Dewa 19 mempersembahkan 34 lagu dari lagu-lagu hits mereka.Lebih menarik, tiga artis popular tempatan iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Amir Masdi sekali gus menyemarakkan lagi persembahan pada malam itu.

Konsert bahagian kelima, Dewa 19, A Night At The Orchestra ini dibawakan oleh Icon Entertainment.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tyo Nugros
https://lomp.at/4gcwd
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem