Monday, December 16, 2024

Bedah Hidung Dari Tulang Rusuk, Lana Nodin Puas Hati Berhabisan RM166,000

26
KONGSIAN

Sebelum ini pelakon Lana Nodin secara terbuka mengakui baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik mencantikkan bahagian hidung di Korea Selatan.

Berkongsi Melakukan Pembedahan Plastik

via Harian Metro

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, dia membuat perkongsian keadaan wajahnya yang masih berbalut selepas beberapa hari menjalani pembedahan plastik.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagain reaksi netizen dan mengejutkan, ada peminat memuji keterbukaan Lana yang bersikap jujur serta tidak perlu menipu soal rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas wajahnya.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya telah pun dipadam beberapa minit selepas dikongsikan secara umum. Namun pendedahan itu sempat dikongsikan semula dalam sebuah saluran YouTube.

Berhabisan Beribu Ringgit

via Gempak

Terbaru Lana mengakui telah berhabis ratusan ribu ringgit melakukan pembedahan kosmetik demi menjaga kesihatannya.

Menurut Astro Awani, dia telah membelanjakan sejumlah RM166,000 untuk membetulkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, yang pernah senget akibat kemalangan.
Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan.
Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
Tambahnya lagi, dia sudah melakukan pembedahan plastik sebanyak lima kali sehingga yang terbaru adalah pembedahan yang melibatkan tulang rusuknya.
Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang.
Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.

Berpuas Hati Dengan Hasil Pembedahan

via Instagram Lana Nordin
Malah Lana turut menjelaskan bahawa dia sangat berpuas hati dengan hasil pembedahan tersebut walaupun terpaksa berbelanja sebanyak RM166,00 dan turut menyatakan dia tidak ada rasa  sakit selepas pembedahan dilakukan.
Tambah Lana, dirinya tidak kisah dengan tohmahan orang dan netizen setiap kali berkongsi mengenai perkara ini di media sosial, kerana beranggapan bahawa orang akan sentiasa mengata dan mengutuk dengan tindakan yang dilakukannya itu.
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI