Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shila Amzah Mahu Hidup Lebih Tenang, Enggan Masuk Campur Urusan Cerai Ibu Bapa

by Aphit J.
October 1, 2023
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, Fauziah Sarman dan ND Lala mengesahkan penceraian mereka setelah hidup bersama selama 34 tahun pada Ogos yang lepas.

Bukan Lagi Isteri ND Lala

via Gazette

Fauziah yang juga ibu penyanyi popular, Shila Amzah berkata, sekarang sudah sah bukan lagi suami isteri dan berkat doa semua, Allah menguatkan jiwanya untuk memulakan hidup baru bersama anak, menantu, cucu dan sahabat yang sentiasa ada bersama di sisinya.

Fauziah juga pada April lalu, pernah mendedahkan wajah seorang wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dan mendakwa itu adalah ‘madunya’ yang juga isteri kedua ND Lala.

Ia berikutan timbul spekulasi sebelum itu mengatakan ND Lala kononnya berkahwin baru dengan wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah dan juga bekas rakan sekolah anak sulungnya, Shila.

Shila Enggan Masuk Campur

Dalam pada itu, penyanyi Shila Amzah enggan masuk campur atau menyebelahi mana-mana pihak berhubung kemelut melanda rumah tangga ibu dan bapanya.

Saya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Apa yang berlaku antara mereka, saya tak nak masuk campur.

Saya hanya mahu mereka gembira sahaja. Anak-anak pun dah besar. Semua ada kehidupan masing-masing.

Menurut BHarian, Shila berkata keputusan untuk berpisah adalah pilihan ibu bapa dan sebagai anak hanya kebahagiaan mampu didoakan.

Mahu Hidup Tenang

via Instagram Shila Amzah

Malah Shila juga menjelaskan bahawa dia tetap akan mengunci mulut ketika isu rumah tangga orang tuanya menjadi perbualan hangat netizen, dan menyatakan tiada sebarang keperluan untuk dia memberi kenyataan.

Saya tidak membuat kenyataan kerana perkara ini tidak pernah ganggu saya.

Sekarang ini, saya nak hidup tenang sahaja. Sebab itulah saya biarkan sahaja. Biar merekalah.

Shila diminta mengulas mengenai hubungan dengan bapanya iaitu Datuk Amir Hamzah atau ND Lala selepas bercerai dengan isteri pertama, Fauziah Sarman.

[VIDEO] Kompilasi Selebriti 'Tersasul' Panggil Sayang Raih Perhatian!-"Giliran Amira Othman Dengan Fattah Amin Pulak"

Untuk makluman, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga mereka pada 1989 dan hasil perkongsian hidup itu dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
shila amzah
https://lomp.at/zpxcq
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem