Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Madammu Bekerjasama Dengan ‘mStar Baek’, Akui Rasa Terharu Dengar Cerita Artis-artis Yang Dibantu

by Phic ARMAN
October 2, 2023
Share on Facebook

Mstar tampil dengan sebuah program terbaharu iaitu mStar Baek yang merupakan sebuah inisiatif bersama penaja Noir Health & Beauty bagi menyantuni masyarakat memerlukan terutamanya golongan artis yang selama ini menjadi medium penghibur kepada orang ramai melalui bakat mereka.

Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah berkata, pengenalan mStar Baek ini tercetus selepas melihat saat penggiat seni dilanda kesusahan selepas ditimpa ujian hidup, golongan ini seakan-akan tidak dipedulikan lagi sedangkan mereka pernah menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Datuk Haji Aznil Nawawi menandatangi papan tanda istimewa mStar — FAIHAN GHANI/The Star

“Program terbaharu berbentuk rakaman video terbitan mStar ini, akan mula bersiaran setiap hari Khamis bermula 5 Oktober 2023 sebanyak 10 episod yang akan disiarkan di portal mStar, YouTube, Facebook dan semua platform media sosialnya,” ujar Niezam.

Menerusi segmen ini Niezam berkata, mStar bersama Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri iaitu pengasas Noir Health & Beauty menyantuni 10 selebriti terpilih untuk menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan lain.

Antara artis yang disantuni ialah Zaiton Sameon, Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri, Ali XPDC.

Dalam masa yang sama, dengan paparan yang dikongsi menerusi platform portal gaya hidup ini, diharap ia membuka jalan agar golongan ini akan terus dibantu oleh semua pihak.

“Kami percaya, ramai lagi penggiat seni yang uji dengan pelbagai cabaran hidup dan berharap, program mStar Baek ini mampu untuk menjadi plaftorm dalam membantu golongan ini dengan kerjasama pihak-pihak tertentu yang bersedia bekerjasama menjadi penaja,” katanya.

Saya berbesar hati- Madammu

Pengasas Noir Health & Beauty, Madammu pula berkata, kolaborasi bersama mStar bertepatan dengan objektifnya dalam membantu golongan memerlukan.

“Saya rasa peluang ini tak boleh saya lepaskan kerana kami di Noir sentiasa mengadakan CSR untuk membantu mereka yang perlukan bantuan dan yang perlu dibantu.

“Jadi apabila mendapat tahu tentang projek mStar Baek, saya rasa objektif kami sama dan saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan mStar untuk program ini,” katanya.

Tambah wanita berusia 34 tahun itu, keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan dirinya berasa terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan rakan selebriti yang memerlukan.

“Kalau tengok pada ekonomi sekarang ramai yang terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku. Jadi saya rasa ini peluang yang patut saya ambil dan perlu sentiasa beringat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

“Mengapa tidak jika kita mahu berkongsi rezeki. Jadi bila ada platform seperti mStar Baek ini saya rasa sangat sesuai untuk Noir berkolaborasi dan laksanakan tanggungjawab kita untuk bantu orang lain,” ujarnya.

Madammu turut mengakui berasa terharu mendengar sendiri cerita dan pengalaman artis-artis yang dibantu dalam segmen mStar Baek apabila bertemu mereka sendiri ketika menjalani penggambaran.

“Perasaan saya sangat terharu, contohnya kisah Zaiton Sameon di mana kita tahu dia dahulunya berada di kemuncak dalam kerjayanya dan kita tak jangka secara tiba-tiba semuanya berubah.

“Jadi bila saya turut sama pergi jumpa artis-artis ini banyak yang saya pelajari, dalam hidup kita ni tak boleh sentiasa berfikir selalu berada di atas ada kalanya kita berada di bawah juga.

“Banyak perkara yang saya ambil dan jadikan muhasabah diri untuk tidak sentiasa melihat ke atas ada waktu perlu lihat di bawah,” jelasnya.

Selain Noir, para selebriti terlibat turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.

Madammu Bidas Komen Netizen Tuduhnya Pilih Kasih Antara Anak Tiri Selepas Adakan Majlis Hari Lahir Kayden?
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
madammumstar baek
https://lomp.at/qggnn
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem