Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Seolah Menceritakan Pemuda Fasiq Yang Bergelumang Maksiat, Lagu Malampagi Didakwa Bertentangan Dengan Akidah

by Puteri Alia
October 3, 2023
157
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagu Malampagi dendangan Saixse yang menjadi siulan ramai sejak beberapa bulan lalu didakwa mengandungi lirik bertentangan dengan akidah.

Perkara itu disuarakan seorang individu menerusi penulisannya dalam Facebook dengan mengupas bait lirik korus lagu itu yang menonjolkan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda.

“Liriknya seolah-olah ditulis oleh orang yang tiada iman. Lagu ini menceritakan tentang pemuda fasiq yang hidup bergelumang dengan maksiat, mengalami kekecewaan yang teruk akibat putus cinta.

“Bagi mengubati hati lara, dia berparti atau ke kelab malam. Kadang-kadang dia sekadar duduk-duduk kerana murung.

“Ada kalanya dia menari untuk mengubati kesedihannya. Semua ini digambarkan dalam baris korus,” dakwanya dalam satu tulisan.

Individu terbabit turut mendakwa penulis dan penyanyi lagu tersebut tidak menjaga sensitiviti masyarakat dan agama.

“Penyanyi dan penulis liriknya ialah Saixse dan MK K-Clique (dalam versi remix). Kedua-duanya Muslim.

“Tidak dapat dibayangkan bagaimana Muslim boleh terlibat menghasilkan lagu sekotor dan sejijik ini. Kamu tidak ada otakkah?

“Semoga Allah melaknat orang yang terlibat merosakkan akhlak dan sahsiah remaja-remaja Islam dengan lagu-lagu seumpamanya. Hancur kamu di dunia, hancur kamu di akhirat,” tulisnya.

Individu itu turut menasihati pengkarya agar lebih peka dan berhati-hati agar tidak menghasilkan lagu membawa pengaruh negatif kepada pendengar khususnya anak muda.

“Lagu Malampagi yang menjadi siulan ramai ini memang bermasalah.

“Bayangkan jutaan peminat lagu ini sebahagiannya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak, diracuni pemikirannya dengan kefasiqan melampau,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malampagi yang dilancarkan pada 3 Disember lalu dinyanyi Saixse yang berasal dari Singapura.

Sejak diperdengarkan kepada umum, lagu itu tular bahkan video muziknya mencatat 5.6 tontonan dalam YouTube.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

malampagi
https://lomp.at/0vfpo
Share63Tweet39SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem