Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Mereka Itu Adalah DNA Saya’- ND Lala ‘Buka Mulut’ Pasal Anak-anak

by Phic ARMAN
October 4, 2023
129
KONGSIAN
Share on Facebook

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya dengan anak-anak. Pada 2 Ogos yang lalu ND Lala dan bekas isterinya Fauziah Sarman disahkan bercerai. Kata pelakon era 80an ini kepada Harian Metro, dia masih sayangkan anak-anaknya walaupun kini dikatakan hubungan mereka agak dingin.

“Bagi saya, hubungan bersama anak-anak sekarang tiada isu. Sebab mereka tetap kekal sebagai darah daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah.

Gambar di acara pertunangan Shila Amzah dan Ubai- Malaysia Gazette

Tambahnya lagi, dia menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dan sentiasa menerimannya dengan redha.

“Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.

“Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini,  ND Lala atau nama asalnya Amir Amzah Salleh dilihat meninggalkan pekarangan majlis perkahwinan anaknya, Shila Amzah pada awal Ogos yang lalu. ND Lala meninggalkan majlis adalah bagi mengelak daripada diwawancara pihak media. ND Lala juga tidak menyertai sesi fotografi keluarga.

Walaubagaimanapun, Shila mendedahkan kepada Mstar,  dia tidak masuk campur dengan kemelut rumahtangga ibubapanya. Malah katanya, dia tidak berpihak kepada mana-mana dan berharap mereka berdua baik-baik sahaja.

Pasangan ND Lala dan Fauziah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

https://lomp.at/ex6yk
Share52Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem