Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial.
Kongsiannya itu mendapat kecaman ramai selepas hidangan spagetinya kelihatan hangus dan kurang menyelerakan. Walau bagaimanapun, Brooklyn tampil menegaskan bahawa itu adalah resepinya.
Masakan Brooklyn Beckham Dikritik Netizen
Menerusi Instagram, suami kepada Nicola Peltz Beckham itu sedang cuba memasak hidangan Itali yang tipikal iaitu spageti all’assassina, yang terkenal dengan tekstur yang rangup dan hangus.
Perkongsiannya itu secara tidak langsung mencetuskan perdebatan, di mana sesetengahnya mendapati hidangan itu tidak menyelerakan dan ada yang menggelarnya sebagai “pembunuh spageti”.
“Ia nampak mematikan. Kenapa guna spageti mentah?”
“Pembunuh spageti adalah nama yang tepat.”
Namun di sebalik kritikan itu, ada juga yang mempertahankan Brooklyn, mendedahkan bahawa hidangannya itu kelihatan sangat lazat dan menggesa yang lain untuk menghentikan kritikan.











