Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

“Solat Boleh Terbatal Ke Kalau Wanita Sujud Atas Telekung?”- Ini Jawapan Mufti WP

by Soph Azz
October 5, 2023
Foto - Islam Itu Indah (Blog)

Foto - Islam Itu Indah (Blog)

104
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang selalu hadapi masalah ini, ‘wajib’ baca sampai habis!

Miss Murai faham sangat, ada masanya bila kita nak sujud, telekung secara tak sengaja menutup permukaan tempat sujud kita. Disebabkan oleh itu, kita akhirnya sujud di atas telekung sendiri.

Untuk pengetahuan kamu, kita perlu merapatkan 7 anggota badan (dani, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, kedua-dua tapak jari kaki) ke atas tempat sujud; tak kiralah beralas sejadah, lantai atau tanah sekali pun tanpa sebarang halangan di antaranya.

Melihat isu ini sedang menjadi kebimbangan ramai muslimah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti WP) memberikan keterangan sama ada perkara tersebut membatalkan solat kita atau tidak.

Untuk jawapan penuh, baca perkongsian di bawah;

“Solat atas telekung boleh batal ke?”

Penting untuk kamu tahu, antara rukun wajib supaya syarat sah solat menjadi lengkap adalah rukun solat. Dipetik daripada web Mufti WP, jika seseorang yang melakukan sujud atas sesuatu yang bersambung dengannya dan menanggungnya dengan sengaja, makanya solat tersebut adalah batal.

Seperti seserang wanita yang solat di atas telekungnya sendiri, solatnya menjadi terbatal kerana ia bersambung dengannya dan ia ditanggung olehnya (badan).

Foto – Bincang Muslimah (Blog)

Jadi individu tersebut perlu mengulangi semula solatnya. Dan pastikan dahi menyetuh tempat sujud secara terus bagi menjamin kesempurnaan solat secara keseluruhannya.

Info untuk kamu, anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk letakkan sebahagian daripada hidung.

Foto – Wolipop

Solat masih lagi menjadi sah jika meninggalkan sentuhan hidung di lantai. Tetapi solat tersebut menjadi tak sah jika meninggalkan sentuhan dahi di atas lantai (dahi tak sentuh permukaan sujud).

[Pandangan Mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu]

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
hukum sujud atas telekungsujud atas sejadahsujud atas telekung
https://lomp.at/zzgmh
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem