Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Alami Kecederaan Di Bahagian Lutut Ketika Drama W: Two Worlds, Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan ACL

by Puteri Alia
October 5, 2023
16
KONGSIAN
Share on Facebook

“Syukur, alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan saya juga sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah, semalam,” kata pelakon Hun Haqeem.

Hun berkata demikian ketika diminta mengulas pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu.

Pembedahan itu dijalankan di hospital pakar di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menurut Hun atau nama sebenar, Haqeem Hermy, 25, kakinya masih belum dapat bergerak dengan baik selepas pembedahan terbabit.

“Saya dapat tidur lena semalam tetapi tidak boleh nak pusing kaki seperti biasa,” katanya.

Ditanya bila kecederaan bahagian lututnya itu dijangka pulih, kata Hun, doktor memberitahu ia dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Doktor juga memberitahu saya dijangka boleh berjalan seperti biasa dalam tempoh empat minggu lagi.

“Saya juga akan menjalani rawatan fisioterapi sebagai rawatan susulan di hospital sehingga kecederaan pulih,” katanya.

Sementara itu, mengulas perkembangan karier lakonan pula, kata Hun, dia akan berehat seketika dari bidang lakonan untuk memastikan kecederaan itu pulih sepenuhnya.

“Saya merancang untuk berehat sehingga hujung tahun ini dan kembali ke lokasi penggambaran pada awal tahun depan.

“Pada masa sama, saya juga sudah selesaikan komitmen kerja lebih awal sebelum menjalani pembedahan ini,” katanya.

Pada masa sama, Hun turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, pelakon Hairul Azreen yang berkongsi tips dan video tutorial apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan terbabit.

“Hairul juga pernah menjalani pembedahan yang sama sebelum ini dan tutorial itu sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk segera pulih dari pembedahan itu,” katanya.

Ayda Jebat Dedah Hun Haqeem Tak Pernah Tinggal Solat, Netizen Puji Dua-Dua Artis Rajin Jaga Ibadah
Hun Haqeem
https://lomp.at/rele3
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem