Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Didakwa Tampak “Terbeban” Untuk Mengenakan Hijab, Peminat Syak Hajah Nelydia Senrose Memilih Untuk Tidak Lagi Bertudung

by Puteri Alia
October 5, 2023
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan pelakon Nelydia Senrose,  menukar gambar profil Instagram (IG) miliknya yang tidak lagi mengenakan hijab mengundang pelbagai persoalan dan persepsi netizen.

Lantaran itu, ada yang beranggapan Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengambil keputusan meninggalkan hijab sepenuhnya.

Menerusi gambar profil terbaharu itu, Nelydia jelas memperlihatkan rambutnya yang berwarna perang, sambil duduk atas katil dengan mengenakan busana berwarna gelap.

Namun, pelakon drama Khilaf Asmara itu masih mengekalkan hantaran ketika masih mengenakan hijab di IG.

Sehingga kini, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu masih belum memuat naik atau memberi sebarang kenyataan berhubung imej baharu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbentuk video di IG Story (IGs), Nelydia turut memaparkan dirinya tidak mengenakan hijab ketika bermain badminton bersama rakannya.

Malah, menerusi entri dimuat naik sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose di IG, kelihatan beberapa keping gambar Nelydia yang sekadar memakau bertopi tanpa berhijab.

Terdahulu, Nelydia mula mengenakan hijab apabila pulang daripada mengerjakan umrah kali ketiga pada Disember 2021.

Bagaimanapun, pelakon itu memberi bayangan dirinya sudah perlahan-lahan meninggalkan hijab apabila berkongsi gambar yang menampakkan rambutnya ketika bercuti bersama keluarga, enam bulan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
nelydia senrose
https://lomp.at/lll52
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem