Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aliff Aziz Akui Lebih Bersemangat Jika Isteri Tengok Persembahannya, Minggu Lepas Pertama Kali Bella Astillah Muncul Di GV 10

by Puteri Alia
October 11, 2023
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak seronok jika insan tersayang hadir beri sokongan dan itulah yang dirasai penyanyi Aliff Aziz apabila isterinya, Bella Astillah hadir ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) Ahad lalu.

Kata Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, kehadiran Bella pada hari tersebut seperti meledakkan lagi semangat juangnya untuk terus bersaing di pentas GV10.

“Ini kali pertama dia hadir (minggu lalu) sebab jadual kerjanya sangat padat.

“Apabila dia hadir ke belakang pentas dan beri semangat, itu sangat membantu saya secara keseluruhan. Sebenarnya itu yang selalu dia buat sejak GV8,” katanya.

Mengakui kehadiran Bella mencetuskan semangat berbeza, bekas juara GV8 itu sentiasa berharap isterinya akan muncul di setiap konsert mingguan GV10 selepas ini.

“Perasaan memang lain bila dia hadir. Beberapa minggu sebelum ini saya lihat Hady Mirza dan Ayai Ilusi ditemani isteri masing-masing.

“Tidaklah cemburu tetapi momen sebegitulah yang saya lalui pada GV8 (ditemani Bella).

“Bila dia hadir minggu ini (Ahad lalu), saya rasa akhirnya! Malah terdetik dalam hati ‘saya pun ada! (isteri menemani).

“Saya juga harap dia akan teman setiap minggu selepas ini, insya-Allah. Dia pun ada maklumkan, jika tiada kekangan kerja, dia pasti akan hadir,” ujarnya.

Sejak kelmarin, nama Aliff dan Bella hangat menjadi bahan bualan ramai selepas aktres Sophia Albarakbah muncul di konsert GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA pada Ahad lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
"Keluarga Dah Sayang"-Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun!
aliff azizbella astilahSophia AlBarakbah
https://lomp.at/c1hxr
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem