Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pelajar Sekolah Afwa Al Afiyah Di Gaza Berdepan Situasi Getir, Siti Nurhaliza Bimbang Keadaan Anak-Anak Angkatnya Di Gaza

by Puteri Alia
October 11, 2023
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui bimbang dan sentiasa memantau situasi perang terkini yang mungkin mengancam nyawa 50 orang anak angkatnya di Gaza, Palestin.

Menurut Siti, pelajar-pelajar sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza itu sedang berhadapan dengan situasi getir sejak negara itu mengumumkan perang pada Sabtu.

“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat.

“Situasi terkini di sana sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Namun sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana.

“Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” luah penyanyi itu menerusi laman Instagram.

Penyanyi Sehebat Matahari itu juga mengajak orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan agar dapat membantu penduduk di Gaza meneruskan kehidupan.

“Perkara ini tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada para pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.

“Justeru, bagi tujuan membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” tambahnya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, lebih 700 rakyat Palestin maut di Gaza, termasuk di Tebing Barat.

Dalam pada itu, Israel dilaporkan telah mengerahkan 300,000 tentera simpanan dalam melaksanakan pengepungan sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti mengumumkan membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan subjek akademik bagi membantu anak-anak di Palestin sejak Oktober 2021.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Teruja Pertama Kali Buat Tutorial Tudung, Curi Perhatian Ramai!

Pada Mei lalu, Siti turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi tujuan meraih kutipan dana membantu kanak-kanak di sekolah tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gazaisraelpalestinsiti nurhaliza
https://lomp.at/ca7wb
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem