Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Kelmarin Bekas Suami, Hari Ini Anak, Selepas Ini Nak Buka Aib Siapa Lagi?

by Zaidin Albert
October 13, 2023
Share on Facebook

Sejak akhir-akhir ini, MURAI kerap melihat video-video atau penulisan-penulisan di media sosial berkaitan segelintir suami atau isteri yang menyebarkan aib pasangan sendiri secara terang-terangan demi meraih perhatian orang sekeliling.

Sedangkan semua orang pun tahu, menyebarkan aib dilarang dalam islam. MURAI sendiri segan melihat si ibu sanggup mengugut membuka aib si anak walaupun selama ini anaknya sudah banyak menabur bakti kepada ibubapanya.

Adakah wajar sebagai orang tua untuk membuat kelakuan seperti ini?

Dipetik dari artikel yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (MuftiWP), membuka aib pasangan merupakan satu larangan yang besar kerana kesannya yang menggugat keutuhan sesuatu institusi rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat lahirnya dan terdidiknya insan yang menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT.

Jika dikaitkan dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, ternyata ada yang tidak segan membuka aib ahli keluarga. Lebih menyedihkan, ada yang tergamak memburukkan suami dan darah daging sendiri.

Menurut MuftiWP, larangan membuka aib ini juga tidak terhad sesama pasangan sahaja, malah terhadap ahli keluarga, rakan-rakan atau kenalan bahkan terhadap pihak media atau wartawan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga membuka aib yang dibenarkan syarak. Islam mempertahankan hak asasi manusia yang teraniaya dan menentang sebarang bentuk kezaliman di atas muka bumi.

Walaupun demikian, agama Islam menetapkan batasan dan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini adalah kerana menyebarkan berita atau kesalahan seseorang individu kepada masyarakat umum atau kepada saluran yang salah juga termasuk dalam kategori yang melakukan kezaliman.

Perlukah Seorang Ibu Mengungkit Susu Yang Berikan & Mengandung Si Anak?

Kepada ibu yang terguris kepada anaknya, dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Menurut kata Dr MAZA, sebaliknya jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa.

Firman Allahi: (maksudnya) “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).

Sebagai ibu tidak perlu pertikaikan yang dia mengandung, memberi susu dan  jaga anak semasa kecil. Ini kerana kita yang mahukan cahaya mata itu, bukan anak tu mnta dilahirkan.

DISCLAIMER: Artikel Tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup

https://lomp.at/izlgn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara